Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cabaran Pickleball Sibujaya galakkan gaya hidup sihat
  • Tengah
  • WILAYAH

Cabaran Pickleball Sibujaya galakkan gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK ALBUM…Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing bergambar kenangan bersama peserta Cabaran Pickleball Fun Game Sibujaya anjuran Kelab Pickleball Lanang (LPC) di Pusat Sukan Azman Hashim, Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Seramai 200 peserta telah menyertai Cabaran Pickleball Fun Game Sibujaya anjuran Kelab Pickleball Lanang (LPC) yang berlangsung di Pusat Sukan Azman Hashim, di sini, baru-baru ini.

Menurut Presiden LPC, Daniel Ling, penganjuran acara berbentuk permainan santai itu bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh serta mempromosikan gaya hidup sihat.

“Pickleball merupakan sukan yang inklusif dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ia bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut Ling, sambutan menggalakkan terhadap Cabaran Pickleball Fun Game Sibujaya membuktikan sukan itu mempunyai potensi besar untuk terus berkembang di Sibu.

“Penyertaan yang memberangsangkan ini menunjukkan pickleball mampu berkembang sebagai sukan komuniti dan seterusnya menyumbang kepada usaha mempromosikan kesejahteraan masyarakat serta pelancongan sukan di bandar ini,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 662 mangsa banjir terjejas di 11 kampung dan sekolah rendah
Next: Pertandingan nyanyian Mandarin perkasa bakat seni kanak-kanak di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.