Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cabaran memancing laut dalam tarik penyertaan memancing tempatan, luar negara
  • SUKAN

Cabaran memancing laut dalam tarik penyertaan memancing tempatan, luar negara

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PARA peserta dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Mohd Sukuran Taib sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025 di Marina Awam Perbadanan Labuan, hari ini. – Foto Bernama

LABUAN: Labuan sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam arena pelancongan antarabangsa apabila seramai 212 pemancing tempatan dan luar negara menyertai acara berprestij, Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan 2025.

Pertandingan yang dinanti-nantikan itu bukan sekadar acara memancing semata-mata tetapi turut meningkatkan daya tarikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan maritim dan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM180,000, termasuk peralatan memancing tajaan DAIWA, dan bermula hari ini di Jeti Marina Awam.

Sebanyak 22 kapal memancing pelbagai saiz berlepas menuju ke kawasan perairan yang kaya dengan hasil laut di sekitar Pulau Layang-Layang dan Kepulauan Spratly. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Mohd Sukuran Taib berkata peserta tahun ini terdiri 123 rakyat Malaysia dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang melibatkan gabungan pemancing berpengalaman dan muka baharu.

“… Hong Kong mengetuai penyertaan luar negara iaitu seramai 48 peserta, diikuti Singapura 40 peserta, serta seorang peserta dari Amerika Syarikat.

“Ramai daripada mereka terdiri peserta yang kembali bertanding, membawa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sekali gus menjadikan acara ini umpama pesta pelancongan yang meriah,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelepasan peserta.

Mohd Sukuran berkata sejak diperkenalkan pada 1997, cabaran memancing laut dalam itu menjadi tarikan utama bagi peminat memancing dari seluruh dunia dan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan Labuan sebagai destinasi utama pelancongan ekologi serta sukan.

“Ini bukan sekadar pertandingan memancing. Ia pemangkin ekonomi. Pelawat datang bukan sahaja untuk bertanding, tetapi juga untuk menerokai keindahan budaya Labuan, biodiversiti marin, dan keenakan masakan tempatan,” katanya.

Kejohanan memancing ini, satu daripada empat acara utama di bawah program Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025 yang berlangsung hingga 27 April.

“Kemuncak acara bakal menyaksikan hasil tangkapan terbaik dipertontonkan, di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada hari terakhir,” katanya. -Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Maraton Bintulu tawar hadiah wang tunai RM100,000
Next: Mbappe akan diturunkan untuk berdepan Barca

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.