Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cabaran hidup tidak halang Faiz terus cari rezeki
  • TEMPATAN

Cabaran hidup tidak halang Faiz terus cari rezeki

Utusan Sarawak 2 months ago
CEKAL… Faiz Kassim ketika melaksanakan tugas mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

KUCHING: Dalam kesibukan kota dan di sebalik kesederhanaan seorang pemandu e-hailing, tersimpan sebuah kisah yang menyentuh hati.

Faiz Kassim, seorang lelaki gigih yang berusia 56 tahun, kini berdepan cabaran hidup tidak mempunyai tempat tinggal namun tetap cekal mencari rezeki.

Faiz, dilahirkan di Marudi dan dibesarkan di Miri, hidupnya telah diwarnai dengan pelbagai dugaan sejak kecil.

Pada usia lima tahun, dia diambil sebagai anak angkat dan mula bekerja pada usia muda demi membantu keluarga.

Minatnya dalam bidang automotif membimbingnya menjadi mekanik motosikal handal selama hampir lima dekad sebelum beralih menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa.

“Dulu saya belajar asas mekanik dari jiran-jiran dan sejak itu, saya tidak pernah berhenti bekerja. Namun, semakin meningkat usia, tenaga saya semakin terbatas.

”Rakan-rakan memperkenalkan saya kepada Maxim dan sejak itu saya bergantung kepada platform ini untuk mencari rezeki,” katanya.

JENTERA CARI REZEKI… Kenderaan milik Faiz Kassim yang membolehkannya mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

Sejak lebih empat tahun lalu, Faiz gigih memandu e-hailing, mengumpul wang sedikit demi sedikit hingga mampu memiliki sebuah kereta yang lebih selesa untuk para penumpangnya.

Namun, dugaan terus datang menguji. Pada penghujung 2024, dia kehilangan tempat tinggal akibat masalah sewa dan sejak itu, masjid telah menjadi tempat untuk dia berteduh.

“Saya memilih untuk tinggal di masjid kerana ia tempat yang menenangkan hati. Walaupun hidup tidak mudah, saya bersyukur masih diberi peluang untuk bekerja dan mencari pendapatan sendiri,” katanya dengan nada sebak.

Semasa Ramadan ini, Maxim mengambil inisiatif untuk membantu Faiz dengan memberikan sumbangan berupa makanan dan keperluan asas, termasuk persiapan sambutan Aidilfitri.

Bantuan ini bukan sahaja memberi kelegaan buat Faiz tetapi juga menyuntik harapan baharu buatnya.

“Pada usia begini, memang mudah rasa penat, tetapi saya masih ingin bekerja. Memandu memberi ketenangan kepada saya, lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan penumpang yang baik.

“Saya juga sedang menabung untuk mendapatkan rumah baharu agar dapat kembali hidup dengan lebih selesa,” ujarnya.

Sebagai sebuah platform e-hailing, Maxim bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, tetapi juga sentiasa prihatin terhadap kebajikan pemandu mereka.

Melalui kempen khas sempena Ramadan ini, mereka berusaha menghulurkan bantuan kepada pemandu yang memerlukan, agar tiada yang terpinggir.

“Maxim sangat membantu dan saya berterima kasih atas segala yang telah diberikan. Bantuan ini sangat bermakna dan memberikan semangat untuk saya terus berusaha,” tambah Faiz dengan penuh rasa syukur.

Di sebalik perjalanan seorang pemandu e-hailing, tersimpan kisah perjuangan yang tidak diketahui ramai.

Kisah Faiz Kassim bukan sekadar cerita tentang kesusahan, tetapi juga tentang ketabahan, keikhlasan dan harapan. Dan di bulan yang penuh keberkatan ini, sedikit keprihatinan mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Platform tingkatkan hubungan agensi kerajaan, masyarakat
Next: Eksklusif: Lapan tahun sebagai amil, Amin tetap setia jalankan amanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.