Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cabaran Bot Laju RC Sibu 2025 bakal cipta rekod MBOR dengan 750 penyertaan
  • SUKAN

Cabaran Bot Laju RC Sibu 2025 bakal cipta rekod MBOR dengan 750 penyertaan

Utusan Sarawak 3 days ago
MARIA (duduk, lima kanan) dan yang lain pada sidang media di sini, semalam.

SIBU: Acara Cabaran Sungai Bot Laju Kawalan Jauh (RC) Antarabangsa Sibu 2025 yang akan berlangsung selama empat hari mulai Khamis ini dijangka mencatat sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara dengan penyertaan bot kawalan jauh terbanyak.

Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu, Maria Nadja Jimmy berkata, seramai 750 peserta dari Malaysia, Brunei Darussalam dan Thailand akan mengambil bahagian dalam perlumbaan yang diadakan di perairan Sungai Rajang berhadapan Tebingan Pulau Li Hua.

“Penganjuran kali kedua ini dijangka memecah rekod terdahulu yang dicatat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada 2017 dengan 614 penyertaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Bertemakan ‘D’ Mighty Rajang River Roars, Again!’, acara ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan sukan bot laju di peringkat antarabangsa, malah dijangka merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan selepas kejayaan Perlumbaan Bot Laju Antarabangsa Sibu (SIPBR) pada April lalu.

Menurut Maria, keseluruhan aspek teknikal pertandingan dikendalikan oleh pasukan profesional AB Racing Team dan membabitkan sembilan kategori termasuk Kelas A + B, Kelas H, Kelas F, Kelas G serta kategori veteran Kelas 55ers.

Kelas H dan Kelas F mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi masing-masing dengan 140 dan 113 bot.

Tambahnya, acara itu turut menerima geran sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) serta sokongan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan JKR Sibu.

Juara setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM3,000 selain anugerah khas seperti Champion of the Best dan Spirit of Racing.

Antara penaja utama termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Machan Allan Siden Gramong serta syarikat KTS Trading Sdn Bhd dan Hock Peng Realty Sdn Bhd.

Acara sampingan seperti pertandingan mewarna, pertandingan sisa kreatif inovasi bot laju, cabutan bertuah serta jualan makanan dan produk rasmi turut diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Perkhidmatan ulang-alik percuma turut disediakan setiap 30 minit dari Pusat Komersial Pulau Li Hua ke tapak acara sebagai kemudahan kepada orang ramai,” ujar Maria.

Majlis perasmian dijadual berlangsung Khamis ini pada 9.30 pagi, manakala majlis penutupan dan penyampaian sijil pengiktirafan MBOR akan diadakan pada Ahad.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: WUG 2025: Muhammad Azeem, Umar mara ke separuh akhir
Next: SUKMA XXII Selangor bermula 15 Ogos 2026, pembukaan di Litar SIC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.