CAAM sahkan insiden melibatkan pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Facebook
WhatsApp
INSIDEN tayar pecah menyebabkan pesawat Malaysia Airlines di Alor Setar tidak berlepas ke Kuala Lumpur, kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat.

ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines Berhad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, pada 3.41 petang tadi.

Menurut CAAM pesawat Boeing 737 bernombor pendaftaran 9M-MXH, yang dijadualkan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tidak jadi berlepas kerana tayar pecah.

“Kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan telah keluar daripada pesawat,” menurut CAAM dalam hantaran Facebook.

Sementara itu, MAHB memaklumkan landasan berkenaan telah dibuka semula pada 7.30 malam selepas pemeriksaan keselamatan CAAM dan operasi kini berjalan seperti biasa.- Bernama