Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • CAAM sahkan insiden libatkan DA-40 di Langkawi, penumpang selamat
  • NASIONAL

CAAM sahkan insiden libatkan DA-40 di Langkawi, penumpang selamat

Utusan Sarawak 3 hours ago

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden melibatkan sebuah pesawat Diamond Aircraft model DA-40 dengan nombor pendaftaran 9M-HMJ, ketika menjalani penerbangan latihan.

CAAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat tersebut, telah melakukan pendaratan cemas di sekitar Kuah, Langkawi, Kedah, hari ini.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 9.54 pagi untuk penerbangan latihan yang dijadualkan dan komunikasi terakhir dengan Menara Kawalan Trafik Udara Langkawi direkodkan pada jam 10.29 pagi,” menurut kenyataan itu.

Menurut CAAM, terdapat dua orang di dalam pesawat, termasuk juruterbang dan kedua-duanya dilaporkan selamat.

Siasatan terhadap insiden itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tengku Hassanal mulakan pendakian Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo
Next: Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga 3.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.