Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ByteDance nafi jual TikTok kepada konsortium Amerika Syarikat
  • GLOBAL

ByteDance nafi jual TikTok kepada konsortium Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 16 hours ago

BEIJING:  Syarikat teknologi China, ByteDance menafikan laporan bahawa pihaknya bersetuju untuk menjual pegangan kawalan dalam platform media sosial TikTok kepada sebuah konsortium Amerika Syarikat yang diketuai oleh syarikat Oracle, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media China pada Selasa.

Menurut ByteDance, spekulasi serupa pernah timbul pada April lalu dan telah dinafikan ketika itu.

Pada Januari, media AS melaporkan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump sedang berunding mengenai pengambilalihan TikTok oleh Oracle bersama sekumpulan pelabur Amerika.

Susulan itu, Kementerian Luar China menyeru agar Amerika Syarikat menyediakan persekitaran perniagaan yang ‘terbuka, adil, saksama dan tanpa diskriminasi’ kepada syarikat China yang beroperasi di negara itu.

Pada Jumaat lalu, akhbar New York Post melaporkan bahawa China didakwa menangguhkan penjualan TikTok kepada pelabur AS bagi memaksimumkan kelebihan dalam rundingan perdagangan dengan Washington.

Pada 29 Jun, Trump mengumumkan bahawa beliau akan mendedahkan senarai pembeli berpotensi TikTok, yang digambarkan sebagai ‘tokoh berprofil tinggi dan sangat kaya’ dalam tempoh dua minggu.

Pertengahan Jun lalu, Trump turut melanjutkan tarikh akhir permit operasi TikTok di Amerika Syarikat kepada 17 September, tertakluk kepada penstrukturan semula operasinya di negara itu kepada sebuah entiti baharu yang dikuasai majoriti pelabur AS.

Bagaimanapun, ByteDance memaklumkan kepada Rumah Putih bahawa China tidak akan meluluskan sebarang perjanjian sehingga pertikaian perdagangan dan tarif antara kedua-dua negara diselesaikan, susulan langkah Trump mengenakan tarif import yang tinggi.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Trump umum tarif 25-40 peratus terhadap 14 negara termasuk Malaysia
Next: Trump sedia tangguh lagi tarif import

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.