Buruh positif dadah ditahan di Lawas

Facebook
WhatsApp
SUSPEK yang positif dadah ditahan di tempat letak kereta sekitar bandar Lawas semalam. Foto IPD Lawas

LAWAS: Buruh ditahan kerana positif dadah di tempat letak kereta sekitar bandar Lawas semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata suspek berusia 37 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada 3.15 petang.

“Pemeriksaan badan tiada menjumpai apa-apa barang terlarang atau dadah.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semakan kesalahan lampau  mendapati suspek mempunyai satu kes berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Oleh Adeng Edrus