Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Buruh miliki tujuh rekod lampau dadah dicekup miliki syabu di Lawas
  • JENAYAH

Buruh miliki tujuh rekod lampau dadah dicekup miliki syabu di Lawas

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENAGIH SYABU… Dua lelaki ditangkap atas kesalah dadah syabu dan turut dirampas syabu seberat 6.92 gram.  Foto IPD Lawas

LAWAS:  Polis merampas sejumlah syabu seberat 6.92 gram dalam kereta yang dinaiki seorang buruh dalam satu operasi bersepadu di Jalan Trusan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata suspek berusia 47 tahun ditahan 5.40 petang.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek, kita telah menjumpai dan merampas kotak plastik warna hitam yang mengandungi tiga paket plastik dan 10 keratan straw berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 6.92 gram,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DADAH... Polis merampas sejumlah syabu seberat 6.92 gram dalam kereta yang dinaiki seorang buruh dalam satu operasi bersepadu di tepi jalan Trusan Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

Suspek turut positif dadah amphetamine dan methamphetamine hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya.

“Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai tujuh kesalahan lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a)ADB 1952.

PENAGIH SYABU… Dua lelaki ditangkap atas kesalah dadah syabu dan turut dirampas syabu seberat 6.92 gram.  Foto IPD Lawas

Sementara itu, seorang lelaki ditahan dalam operasi berasingan kerana positif dadah dalam serbuan yang dijalankan di kuarters ladang di sini, 11.10 pagi.

Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai barang salah atau dadah dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

DSP Liong menjelaskan hasil semakan, suspek tiada kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Curi kayu belian untuk beli bekalan dadah 
Next: Lelaki ditahan miliki dadah Op Tapis Khas di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.