Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Buruh didakwa menipu perjanjian sewa tanah akibatkan kerugian RM15,500
  • JENAYAH

Buruh didakwa menipu perjanjian sewa tanah akibatkan kerugian RM15,500

Utusan Sarawak 6 months ago
SEORANG buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu membabitkan perjanjian sewa tanah.

SIBU: Seorang buruh telah dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu membabitkan perjanjian sewa tanah serta kerugian sebanyak RM15,500.

Namun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Dahlan Wong, 64, setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Oon Kork Chern secara Zoom.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin dengan pendapatan tidak kurang RM2,000.

Berdasarkan pertuduhan, Dahlan didakwa menipu seorang lelaki berusia 70 tahun dengan memperdayakan mangsa menawarkan perjanjian sewa tanah dari Lembaga Air Sibu sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM15,500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Ogos 2024, lebih kurang 1.00 petang di sebuah bank Jalan Hulu Lanang dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan juga denda, jika sabit dengan kesalahan.

Selain itu, Dahlan juga didakwa bersama dua yang masih bebas mencuri wang RM10,000 milik seorang lelaki berumur 60 tahun pada 26 Ogos 2024, lebih kurang 12.51 tengah hari di sebuah bank di sini.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen 379 ini memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dihukum penjara dan juga denda atau sebatan.

Dahlan bagi pertuduhan ini dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin. 

Mahkamah turut menetapkan 26 November depan bagi sebutan semula kedua-dua kes.

Pendakwaan kes dilakukan oleh ASP Siti Mariyah Dahari sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Buang bayi: Suspek lelaki ditahan enam hari bantu siasatan kes
Next: Tiga warga China seluk saku di KLIA dipenjara tiga bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.