Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia tinggi pada sesi dagangan awal, seiring peningkatan Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia tinggi pada sesi dagangan awal, seiring peningkatan Wall Street

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.36 mata, atau 0.02 peratus, kepada 1,621.91 berbanding 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.06 mata lebih rendah pada 1,621.49.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 199 berbanding 133, dengan 273 kaunter tidak berubah, 2,048 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 181.89 juta unit bernilai RM74.25 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street semalaman pulih semula berikutan isu perundangan yang timbul terhadap tarif besar-besaran yang diperkenalkan Presiden Trump, kini sedang diteliti Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS).

“Peniaga juga berhati-hati terhadap penilaian tinggi saham berkaitan kecerdasan buatan (AI), selain ketidaktentuan sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah bulan depan.

“Di pasaran tempatan, terdapat peningkatan aktiviti dalam segmen saham syarikat kecil susulan beberapa penurunan harga saham berprofil tinggi baru-baru ini. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare masing-masing naik dua sen kepada RM9.94 dan RM8.30, manakala Tenaga Nasional menambah lapan sen kepada RM13.28. Public Bank susut lima sen kepada RM4.29 dan CIMB Group turun dua sen kepada RM7.48.

Bagi saham aktif, Borneo Oil kekal pada setengah sen, MMAG susut setengah sen kepada 10 sen, NexG turun satu sen kepada 29 sen, V.S Industry merosot 1.5 sen kepada 45 sen, manakala Dagang Nexchange meningkat setengah sen kepada 32 sen.

Selain Tenaga Nasional, kaunter untung utama lain termasuk Petronas Gas yang naik 14 sen kepada RM18.84, Vitrox meningkat 10 sen kepada RM4.61, Hong Leong Bank menambah enam sen kepada RM21.02, dan Sunway naik lima sen kepada RM5.44.

Kaunter rugi utama termasuk Nestle, susut RM2.80 kepada RM113.20, Malaysian Pacific Industries turun 32 sen kepada RM30.12, Time Dotcom merosot 18 sen kepada RM4.87, manakala Petronas Chemicals dan United Plantations masing-masing berkurang enam sen kepada RM3.69 dan RM25.40.

Di papan indeks, FBMT 100 naik 1.62 mata kepada 11,808.77 dan Indeks FBM Emas menambah 1.67 mata kepada 12,050.59.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 15.07 mata kepada 12,064.68, Indeks FBM ACE naik 3.34 mata kepada 5,080.29, manakala Indeks FBM Mid 70 susut 2.21 mata kepada 16,927.16.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 5.26 mata kepada 8,056.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 168.85, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 26.13 mata kepada 18,397.66 dan Indeks Tenaga susut 2.22 mata kepada 759.61.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Next: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 langkah positif ke arah keadilan, ketelusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.