Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia teruskan penurunan susulan ketegangan geopolitik semakin memuncak
  • BISNES

Bursa Malaysia teruskan penurunan susulan ketegangan geopolitik semakin memuncak

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 14.09 mata atau 0.83 peratus kepada 1,684.93 daripada paras 1,699.02 ketika ditutup Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 7.81 mata lebih tinggi pada paras 1,706.83 dan bergerak antara 1,683.08 hingga 1,707.91 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 678 berbanding 456, manakala 550 kaunter tidak berubah, 996 tidak diniagakan dan 88 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.53 bilion unit bernilai RM4.19 bilion berbanding 3.24 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Selasa.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata serangan ketenteraan baharu melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan konflik yang lebih luas serta gangguan berpanjangan kepada laluan bekalan tenaga global melalui Selat Hormuz.

Beliau berkata susulan serangan itu, minyak mentah Brent meningkat lebih dua peratus kepada sekitar AS$97 setong untuk penghantaran Ogos apabila kebimbangan terhadap gangguan bekalan kembali tercetus.

“Dalam kalangan komponen FBM KLCI, saham perbankan wajaran tinggi menerajui penurunan pasaran susulan pusingan terbaharu pengumuman pendapatan, apabila pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap penyusutan margin, momentum pertumbuhan pinjaman yang lebih perlahan dan peningkatan ketidaktentuan luaran.

“Saham perkhidmatan kewangan yang lemah memberi tekanan ketara kepada indeks yang lebih luas memandangkan sektor itu membentuk sebahagian besar indeks,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 44 sen kepada RM10.50, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.77, CIMB merosot 19 sen kepada RM7.49, manakala Tenaga Nasional naik lapan sen kepada RM14.24 dan IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM8.99.

Bagi kaunter aktif, Zetrix AI tidak berubah pada 81.5 sen, OGX meningkat tujuh sen kepada 42 sen, Inari Amertron menokok 13 sen kepada RM2.35, SFP Tech naik 3.5 sen kepada 26 sen, manakala YTL Corp susut tiga sen kepada RM2.04.

Antara kaunter paling untung ialah Allianz Malaysia yang naik 50 sen kepada RM21.92, KESM Industries meningkat 47 sen kepada RM4.96, Ajinomoto mengukuh 32 sen kepada RM13.28, United Plantations menambah 30 sen kepada RM30.50 dan Dutch Lady Milk naik 24 sen kepada RM32.94.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Hong Leong Bank merosot 72 sen kepada RM21.18, Batu Kawan jatuh 44 sen kepada RM19.96, Kuala Lumpur Kepong susut 38 sen kepada RM19.96 dan Petronas Dagangan berkurang 30 sen kepada RM17.34.Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 74.60 mata kepada 12,541.28, Indeks FBM Top 100 merosot 77.11 mata kepada 12,380.48, Indeks FBM Mid 70 turun sedikit 0.68 mata kepada 18,213.69, manakala Indeks FBM ACE naik 9.65 mata kepada 4,721.14 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 21.07 mata kepada 12,550.91.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.30 mata kepada 198.33, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 422.94 mata kepada 19,546.01, Indeks Tenaga susut 3.91 mata kepada 782.90, dan Indeks Perladangan turun 30.33 mata kepada 8,504.95.Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.98 bilion unit bernilai RM3.87 bilion daripada 1.78 bilion unit bernilai RM3.41 bilion pada Selasa.

Bagaimanapun, jumlah dagangan waran susut kepada 971.39 juta unit bernilai RM117.20 juta daripada 981.14 juta unit bernilai RM133.62 juta sebelumnya.Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 583.66 juta unit bernilai RM206.61 juta berbanding 471.50 juta unit bernilai RM167.37 juta pada Selasa.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 263.32 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan industri (367.03 juta), pembinaan (152.51 juta), teknologi (380.56 juta), perkhidmatan kewangan (121.22 juta), hartanah (144.16 juta), perladangan (41.69 juta), amanah pelaburan hartanah (19.77 juta), dana tertutup (19,300), tenaga (165.95 juta), penjagaan kesihatan (104.73 juta), telekomunikasi dan media (99.77 juta), pengangkutan dan logistik (29.36 juta), utiliti (88.65 juta), serta amanah perniagaan (508,300). – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup tinggi
Next: EU kenakan denda €200 juta terhadap Temu berhubung produk haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.