Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia rendah pada sesi awal didorong sentimen serantau bercampur-campur
  • BISNES

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal didorong sentimen serantau bercampur-campur

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 5.61 mata kepada 1,521.01 berbanding 1,526.62 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 4.15 mata pada paras 1,522.47.

Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 262 berbanding 89 manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,866 kaunter tidak diniagakan dan 17 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 136.4 juta saham yang bernilai RM69.83 juta.

Prestasi pagi ini dicatatkan walaupun Wall Street ditutup positif ketika pelabur mengetepikan kebimbangan mengenai tamatnya penangguhan tarif selama 90 hari antara Amerika Syarikat (AS)-China yang dijadualkan pada 9 Julai.

Selain itu, pasaran serantau menyaksikan dagangan rendah dengan Indeks Straits Times Singapura susut 0.41 peratus kepada 3,906.02, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.36 peratus kepada 24,035.38, Kospi Korea Selatan turun 1.26 peratus kepada 2,883.35 manakala Nikkei 225 Jepun menguncup 1.48 peratus kepada 37,607.41.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen kekal disokong oleh bacaan Indeks Harga Pengeluar  AS yang lebih rendah daripada jangkaan awal.

“Berikutan itu, indeks penanda aras dijangka bergerak dalam julat 1,520 hingga 1,530 hari ini,” katanya.

Public Investment Bank Bhd pula menyatakan FBM KLCI sepatutnya dibuka lebih tinggi sejajar dengan kenaikan semalaman di Wall Street, didorong oleh satu lagi data inflasi AS yang memberangsangkan.

Saham wajaran tinggi yang rugi didahului oleh MISC Bhd yang susut 15 sen kepada RM7.55, diikuti oleh YTL Power International Bhd yang turun enam sen kepada RM3.64, Malayan Banking Bhd dan YTL Corp Bhd masing-masing menguncup empat sen kepada RM9.73 dan RM2.16 manakala Petronas Gas Bhd susut 20 sen kepada RM17.88.

Bagi saham aktif, Jaks Resources Bhd kekal tidak berubah pada 10 sen, Velesto Energy Bhd naik setengah sen kepada 18.5 sen manakala Astro Malaysia Holdings Bhd turun setengah sen kepada 18.5 sen.

OCR Group Bhd tidak berubah pada 3.5 sen manakala Hibiscus Petroleum Bhd menokok enam sen kepada RM1.61.

Di papan indeks, FBM Emas susut 40.29 mata kepada 11,404.63, Indeks FBMT 100 turun 44.89 mata kepada 11,169.38 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 43.56 mata kepada 11,353.94.

Indeks FBM 70 pula turun 80.67 mata kepada 16,421.99 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 24.93 mata kepada 4,499.76.

Bagi sektor, Indeks Perladangan naik 14.81 mata kepada 7,208.55 dan Indeks Tenaga menokok 10.35 mata kepada 736.48, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 35.30 mata kepada 17,753.97 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.75 mata kepada 151.44.- Bernama

Continue Reading

Previous: Peluasan SST ke atas buah import langkah proaktif lindungi industri tempatan
Next: Saham Boeing menjunam susulan nahas pesawat Air India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.