
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.98 mata atau 0.51 peratus kepada 1,563.77 daripada 1,571.75 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 5.18 mata kepada 1,566.57.
Suasana pasaran negatif dengan 267 kaunter rugi dan 92 kaunter untung manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,760 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 122.7 juta saham bernilai RM65.49 juta.
Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, institusi tempatan dilihat sebagai penjual bersih dan dijangka menyimpan keuntungan.
“Berdasarkan tawaran awam permulaan (IPO) yang kurang menarik kebelakangan ini, kami berharap penyertaan pelabur runcit akan meningkat dalam pasaran sekunder dari semasa ke semasa.
“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,570 hingga 1,580 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Penurunan penarafan kredit AS yang terkini turut memberi tekanan kepada sentimen pasaran yang tidak stabil.
Pada Jumaat lepas, Moody’s Ratings menurunkan penarafan AS berikutan kebimbangan mengenai jumlah hutang negara itu yang kini mencecah AS$36 trilion.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, IHH Healthcare dan CelcomDigi, masing-masing mendatar pada RM10.14, RM7.01 dan RM3.97 manakala Public Bank merosot dua sen kepada RM4.48, Tenaga Nasional berkurangan 16 sen kepada RM14.04 dan CIMB susut empat sen kepada RM7.14.
Dalam dagangan aktif, NexG naik setengah sen kepada 38 sen, Innature meningkat satu sen kepada 23.5 sen, Harvest Miracle dan Jiankun, masing-masing mendatar pada 18 sen dan 3.0 sen manakala SFP Tech merosot setengah sen kepada 25 sen dan Nationgate berkurangan dua sen kepada RM1.67.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 57.59 mata kepada 11,688.45, Indeks FBMT 100 merosot 57.72 mata kepada 11,434.98 dan Indeks FBM ACE susut 6.73 mata kepada 4,759.13.
Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 71.59 mata kepada 11,602.59 dan Indeks FBM 70 merosot 81.63 mata kepada 16,620.78.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 41.94 mata kepada 18,445.71, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.43 mata kepada 158.25, Indeks Tenaga susut 4.19 mata kepada 725.19 dan Indeks Perladangan menurun 50.90 mata kepada 7,334.69. – Bernama