Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia lantik Azizan Abd Aziz sebagai ketua pegawai kewangan baharu
  • BISNES

Bursa Malaysia lantik Azizan Abd Aziz sebagai ketua pegawai kewangan baharu

Utusan Sarawak 17 hours ago
AZIZAN Abd Aziz

KUALA LUMPUR:  Bursa Malaysia Bhd melantik Azizan Abd Aziz sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Fad’l Mohamed berkata pengalaman luas Azizan dalam bidang kewangan akan memainkan peranan penting bersama pasukan kepimpinan dalam membantu mengukuhkan kecekapan operasi dan usaha strategik Bursa Malaysia bagi mengemudi landskap pasaran yang semakin dinamik.

“Menerusi kapasitinya sebagai CFO, beliau akan menyelia keseluruhan fungsi kewangan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat dan belanjawan,” kata Fad’l dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan merupakan CFO kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Bhd.– Bernama

Continue Reading

Previous: Program S-MM2H terus pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak, hampir 600 permohonan diluluskan tahun lalu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.