Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia keluar pertanyaan UMA kepada MClean Technologies
  • BISNES

Bursa Malaysia keluar pertanyaan UMA kepada MClean Technologies

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Selepas dibuka pada harga 47.5 sen pagi ini, saham syarikat itu meningkat sebanyak 13.97 peratus kepada paras tertinggi 53.0 sen daripada 46.5 sen ketika ditutup semalam.

Dalam satu kenyataan, bursa itu menasihatkan para pelabur untuk memberi perhatian kepada jawapan syarikat terhadap pertanyaan berkenaan yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat sebelum membuat keputusan.

MClean Technologies merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan, pembersihan berketepatan dan pembungkusan produk merangkumi pemacu cakera keras dan elektronik pengguna hinggalah kepada industri minyak dan gas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Aktiviti pemgambilan untung di Wall Street beri impak kepada bursa Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.