KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hampir tidak berubah semasa sesi dagangan pagi pada Selasa dalam keadaan sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.
Pada 9.35 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.34 mata kepada 1,511.68 daripada 1,511.34 ketika ditutup semalam.
Indeks barometer itu dibuka 1.03 mata lebih rendah kepada 1,510.31.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 268 berbanding 217, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,437 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 55.53 juta unit bernilai RM247.64 juta.
Menurut Malacca Securities sentimen lembap di China boleh menjejaskan keadaan di pasaran tempatan di samping aktiviti pengambilan untung boleh berterusan dalam tempoh terdekat.
Firma pembrokeran itu menjelaskan walaupun kebanyakan indeks sektor mencatatkan pergerakan rendah pada ketika ini berikutan pengambilan untung namun pihaknya menjangkakan pembelian semasa harga murah muncul dalam segmen pembinaan, hartanah dan bahan binaan.
Pembelian itu akan disokong oleh pemangkin dagangan iaitu kemungkinan projek kereta api berkelakuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dilaksanakan semula di samping perkembangan berterusan di Johor, tambahnya.
“Sementara itu, kami memilih saham pengguna dan telekomunikasi memandangkan ciri defensifnya,” menurut firma itu.
Antara yang berwajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM10.76, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM6.15, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.71, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM19.20, Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen kepada RM9.31 dan RM4.40 manakala CIMB turun tiga sen kepada RM6.20.
Bagi saham aktif, Wentel Engineering meningkat 1.5 sen kepada 27.5 sen, Minetech naik setengah sen kepada 14 sen, TWL Holdings tidak berubah pada empat sen dan Reneuco susut satu sen kepada 8.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.44 mata kepada 11,218.66, Indeks FBMT 100 menambah 4.62 mata kepada 10,887.79, Indeks FBM 70 menokok 15.22 mata kepada 15,135.92, Indeks FBM Emas Syariah naik 18.39 mata kepada 11,254.98 namun Indeks FBM ACE kurang 10.16 mata kepada 4,693.23.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 0.89 mata kepada 901.07, Indeks Perladangan meningkat 22.22 mata kepada 7,178.43, dan Indeks Tenaga naik 1.32 mata kepada 870.99.
Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.79 mata kepada 16,959.45 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.01 mata kepada 171.82. – Bernama