Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia ditutup rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia ditutup rendah

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini meskipun kenaikan pada sesi awalnya ekoran tekanan jualan di pasaran pesat membangun serantau berikutan kebimbangan terhadap konflik tarif yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.10 mata atau 0.33 peratus kepada 1,503.25 daripada paras 1,508.35 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 4.37 mata kepada 1,512.72 dan bergerak antara jajaran 1,497.42 dan 1,514.12 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 705 berbanding 297, manakala 423 kaunter tidak berubah, 921 tidak diniagakan dan 15 digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.04 bilion unit bernilai RM2.20 bilion daripada 3.21 bilion unit bernilai RM5.04 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Naib presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup bercampur-campur di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyebabkan para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

Ekuiti Eropah dibuka rendah berikutan sentimen lemah ketika pasaran menunggu pengumuman angka inflasi zon Eropah.

Manakala sebaliknya pasaran di China dan Hong Kong meningkat dengan harapan rundingan perdagangan AS-China diperbaharui.

Di pasaran tempatan, sentimen kekal lemah apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah jualan asing yang berterusan dan ketidaktentuan perdagangan global yang semakin meningkat melibatkan AS.
Indeks petunjuk pasaran kini menghampiri paras sokongan psikologi pada 1,500.

“Meskipun cabaran ini, kami melihat ini sebagai peluang untuk membeli saham mewah pada harga yang lebih rendah disebabkan asasnya yang kukuh, penilaian yang menarik dan hasil dividen yang menarik.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran dalam jajaran 1,490-1,520 bagi minggu ini,” kata Thong kepada Bernama.

Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran semakin mengambil pendekatan berhati-hati berikutan peningkatan kebimbangan terhadap kelembapan global akibat daripada kemelut tarif dan permintaan luar yang lemah.

Walaupun AS telah melanjutkan penangguhan tarif ke atas barangan China tertentu sehingga 31 Ogos, ketegangan tercetus selepas Beijing menyangkal tuduhan AS bahawa negara itu melanggar gencatan tarif sedia ada.

“Kemungkinan panggilan (telefon) antara Trump dan Presiden China Xi Jinping pada minggu ini akan memberikan kejelasan yang amat diperlukan mengenai hala tuju hubungan perdagangan pada masa depan,” katanya.

Di dalam negara, Indeks Pengurus Pembelian pembuatan Malaysia meningkat kepada 48.8 pada Mei dari April, tetapi kekal di bawah ambang 50 mata, menandakan penguncupan berterusan.

“Pesanan baharu yang perlahan dan penurunan pengeluaran mencerminkan kelemahan permintaan yang berterusan.

“Sebagai ekonomi yang bergantung kepada perdagangan, Malaysia terdedah kepada gangguan perdagangan global, dengan sektor berorientasikan eksport, terutamanya produk perindustrian, teknologi dan saham bermodal kecil, paling terdedah kepada risiko penurunan,” kata Mohd Sedek.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals susut 14.0 sen kepada RM3.28, QL Resources turun 10 sen kepada RM4.40, IHH Healthcare susut 15 sen kepada RM6.75, Press Metal berkurangan 9.0 sen kepada RM4.95 dan Hong Leong Financial Group jatuh RM28 sen kepada RM16.30.

Dalam kalangan saham cergas, Permaju Industries susut setengah sen kepada 1.0 sen, ICT Zone Asia yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE , Tanco, dan Harvest Miracle Capital tidak berubah setiap satu masing-masing pada 20 sen, RM1.00 dan 18 sen manakala MYEG turun 3.0 sen kepada 89 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 45.35 mata kepada 11,254.45, Indeks FBMT 100 turun 38.28 mata kepada 11,022.72 dan Indeks FBM ACE merosot 69.22 mata kepada 4,481.81.

Indeks FBM Emas Shariah turun 46.10 mata kepada 11,210.15, manakala Indeks FBM 70 menyusut 59.35 mata kepada 16,142.16.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 77.90 mata kepada 17,762.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.57 mata kepada 150.08 dan Indeks Tenaga berkurangan 9.08 mata kepada 698.96, bagaimanapun Indeks Perladangan meningkat 11.03 mata kepada 7,218.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.21 bilion unit bernilai RM1.90 bilion daripada 1.88 bilion unit bernilai RM4.82 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.50 bilion unit bernilai RM201.92 juta daripada 1.00 bilion unit bernilai RM111.49 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 323.10 juta saham bernilai RM94.99 juta daripada 318.43 juta saham bernilai RM107.68 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 270.72 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (184.66 juta), pembinaan (76.45 juta), teknologi (139.98 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (85.81 juta), hartanah (164.11 juta), perladangan (29.49 juta), REITs (11.64 juta), dana tertutup (3,400), tenaga (106.55 juta), penjagaan kesihatan (57.20 juta), telekomunikasi dan media (43.34 juta), pengangkutan dan logistik (18.57 juta), utiliti (31.20 juta), dan amanah perniagaan (20,700). – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: LGM aktifkan insentif getah bagi Mei di Sabah, Sarawak
Next: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.