Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka diniagakan lengang minggu depan

Utusan Sarawak 18 hours ago
BURSA Malaysia dijangka diniagakan dengan julat 1,580 hingga 1,620 mata dalam dagangan sederhana minggu depan berikutan tempoh dagangan singkat.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan julat 1,580 hingga 1,620 mata dalam dagangan sederhana minggu depan berikutan tempoh dagangan singkat, dengan pelabur menumpukan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks utama telah melepasi paras psikologi 1,600 mata minggu ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan kadar faedah pada minggu depan.

“Data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang sejajar dengan jangkaan membolehkan Fed melonggarkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, peniaga dan pelabur akan memberi tumpuan kepada keputusan mesyuarat FOMC yang dijangka diumumkan pada 18 September (waktu Malaysia), katanya.

“Apa yang lebih penting lagi, mereka akan meneliti unjuran suku tahunan sama ada Fed akan meningkatkan kadar pelonggaran dasar monetari dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Lazimnya, pelonggaran monetari adalah positif bagi pasaran ekuiti, oleh itu, FBM KLCI dijangka kekal melebihi paras 1,600 mata minggu depan,” kata Mohd Afzanizam.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penyertaan dan jumlah dagangan dijangka perlahan minggu depan berikutan pelabur terus berhati-hati kerana kekurangan pemangkin baharu di dalam negara, menjadikan indeks terus berada dalam fasa konsolidasi.

Berasaskan mingguan, FBM KLCI naik 21.98 mata kepada 1,600.13 pada Jumaat berbanding 1,578.15 pada Khamis minggu lepas. Pasaran ditutup pada 5 September sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Bursa Malaysia akan ditutup pada 15 September, iaitu cuti umum tambahan sempena cuti Hari Malaysia pada 16 September. Ia akan beroperasi semula pada 17 September.

Indeks FBM Emas meningkat 147.43 mata kepada 11,862.72, Indeks FBMT 100 naik 139.61 mata kepada 11,623.77, dan Indeks FBM Syariah Emas menokok  214.77 mata kepada 11,890.29.

Indeks FBM ACE menokok 63.54 mata kepada 4,802.27 manakala Indeks FBM 70 naik 109.86 mata kepada 16,544.57.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 95.11 mata kepada 7,699.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.29 mata kepada 165.28, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 46.02 mata kepada 18,068.42. Indeks Tenaga rendah 0.72 mata kepada 742.9.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 12.52 bilion unit bernilai RM11.25 bilion daripada 7.92 bilion unit bernilai RM7.89 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mingguan meningkat kepada 6.96 bilion unit bernilai RM9.98 bilion berbanding 4.39 bilion unit bernilai RM7.17 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran sebanyak 4.03 bilion unit bernilai RM660.45 juta daripada 2.44 bilion unit bernilai RM359.34 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.52 bilion unit bernilai RM610.19 juta berbanding 1.07 bilion unit bernilai RM362.01 juta sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.