Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data minggu depan, menjelang mesyuarat FOMC
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data minggu depan, menjelang mesyuarat FOMC

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data ekonomi minggu depan memandangkan pasaran bersedia menyesuaikan pegangan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun pasaran menjangka 87 peratus kebarangkalian bagi pengurangan kadar faedah Fed sebanyak 25 mata asas namun, perhatian beralih kepada peningkatan ketidaktentuan berkaitan hala tuju dasar Fed pada awal 2026.

“Ketidaktentuan ini berpunca daripada percanggahan ketara antara anggota FOMC yang cenderung kepada kadar faedah tinggi dengan kalangan yang memihak kadar feadah rendah dalam jawatankuasa itu, sekali gus menjadi perbezaan yang kini membawa implikasi penting terhadap jangkaan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagaimanapun, sentimen keseluruhan dijangka kekal sensitif terhadap pemangkin luaran termasuk data makro Amerika Syarikat dan sebarang perubahan dasar Fed bagi tempoh akan datang.

“Secara keseluruhannya, unjuran bagi minggu depan menunjukkan persekitaran yang lebih taktikal dan dipacu oleh peralihan modal atau pelaburan mengikut sektor di Bursa Malaysia.

“Berdasarkan isyarat dasar global dan dinamik mata wang yang terus mempengaruhi tingkah laku pelabur, peserta pasaran mungkin kekal bersikap memilih di samping mengekalkan kecenderungan kepada sektor yang menawarkan kekuatan defensif, asas disokong mata wang atau momentum keuntungan yang lebih kukuh menjelang hujung tahun,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 12.05 mata kepada 1,616.52 daripada 1,604.47 minggu lepas.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 46.26 mata kepada 11,962.23, Indeks FBMT 100 naik 42.85 mata kepada 11,743.82 tetapi Indeks FBM Emas Syariah turun 53.85 mata kepada 11,797.05, Indeks FBM ACE kurang 8.48 mata kepada 4,816.14 dan Indeks FBM 70 merosot 133.47 mata kepada 16,722.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 435.38 mata kepada 19,011.33, Indeks Perladangan naik 24.13 mata kepada 8,096.25, Indeks Tenaga menokok 10.76 mata kepada 758.54 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.75 mata kepada 165.78.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 18.86 bilion unit bernilai RM13.40 bilion daripada 22.37 bilion unit bernilai RM17.23 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama sebanyak 7.01 bilion unit bernilai RM11.41 bilion berbanding 8.55 bilion unit bernilai RM14.56 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 10.05 bilion unit bernilai RM1.37 bilion daripada 11.74 bilion unit bernilai RM1.99 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula 1.78 bilion unit bernilai RM602.06 juta berbanding 2.07 bilion unit bernilai RM675.40 juta.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka kukuh, diniagakan antara 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.