
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street merosot.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.13 mata kepada 1,750.39 selepas dibuka rendah 1.84 mata kepada 1,746.42 daripada 1,748.26 semasa ditutup semalam.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung dan kaunter rugi tidak berubah pada 168, 304 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,995 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 156.18 juta saham bernilai RM88.01 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata susulan kemerosotan prestasi semalaman Wall Street, ia menjangkakan FBM KLCI akan turut terkesan.
Bagaimanapun, perbezaan kadar faedah Amerika Syarikat-Malaysia yang menggalakkan dan aliran masuk asing yang positif sepatutnya menyokong ringgit, merupakan petunjuk positif untuk segmen perbankan dan pengguna.
“Oleh itu, kami percaya Public Bank Bhd yang ketinggalan di belakang saham perbankan lain, memberikan pendedahan kepada ringgit, manakala 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd dan Life Water Bhd merupakan proksi untuk tema Melawat Malaysia 2026, selain daripada persekitaran kos input yang dijangkakan lebih rendah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Selain Sabah sebagai destinasi pelancongan strategik, ia berkata nisbah harga kepada pendapatan hadapan Life Water kekal rendah berbanding Spritzer Bhd, menyediakan ruang yang mencukupi untuk peningkatan jangka pendek.
Antara kaunter saham wajaran tinggi, CIMB menambah 6.0 sen kepada RM8.62, Tenaga Nasional naik 4.0 sen kepada RM14.16, IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM8.90, manakala Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM11.94 dan RM4.95.
Bagi saham aktif, Pharmaniaga naik setengah sen kepada 33 sen, MLABS Systems turun 1.5 sen to 3.0 sen, TWL Holdings berkurangan 0.5 sen kepada 2.0 sen, manakala Malaysian Resources Corporation dan Pegasus Heights tidak berubah masing-masing pada 34 sen dan setengah sen.
Kaunter saham paling untung menyaksikan United Plantations naik 12 sen kepada RM29.30, GuocoLand (Malaysia) meningkat 10.5 sen kepada RM1.04 dan Malayan Cement melonjak 10 sen kepada RM8.35. Alliance Bank Malaysia menambah 6.0 sen kepada RM5.31 dan Sunway Construction Group menokok 6.0 sen kepada RM5.31.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Petronas Gas turun 24 sen kepada RM18.30, Petronas Dagangan merosot 8.0 sen kepada RM20.24, dan UWC berkurangan 7.0 sen kepada RM4.33, manakala MNRB Holdings dan PPB Group susut 6.0 sen masing-masing kepada RM2.40 dan RM11.04.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 13.63 mata kepada 12,610.95, Indeks FBM Emas naik 13.0 mata kepada 12,789.41, Indeks FBM Mid 70 melonjak 11/30 mata kepada 17,489.04, Indeks FBM Emas Shariah susut 0.61 mata kepada 12,296.96 dan Indeks FBM ACE merosot 4.55 mata kepada 4,702.50.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 45.45 mata kepada 21,569.90, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.10 mata kepada 177.54, Indeks Perladangan naik 3.93 mata kepada 8,376.98 dan Indeks Tenaga melonjak 2.55 mata kepada 752.63.- Bernama