Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan lanjutan tempoh gencatan senjata AS-Iran
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan lanjutan tempoh gencatan senjata AS-Iran

Utusan Sarawak 5 hours ago
BURSA Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas Presiden AS Donald Trump melanjutkan gencatan senjata Asia Barat dengan peningkatan diterajui oleh saham perbankan seiring dengan prestasi semalaman yang lebih kukuh di Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.74 mata kepada 1,717.13 daripada 1,710.52 pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.16 mata lebih tinggi kepada 1,715.55.

Pasaran secara keseluruhan positif dengan 251 kaunter untung mengatasi 125 kaunter rugi, manakala 361 kaunter tidak berubah, 2,034 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 207.58 juta saham bernilai RM116.32 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih kukuh susulan lanjutan gencatan senjata, disokong oleh pendapatan kukuh daripada Boeing.

“Bagaimanapun, sentimen kekal berhati-hati apabila harga minyak mentah meningkat dengan minyak mentah Brent melepasi AS$100 setong.

“Sementara itu, hasil 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.307 peratus,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,700–1,720 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 10 sen kepada RM11.32, Public Bank naik lima sen kepada RM4.81, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.52, CIMB Group meningkat enam sen kepada RM7.80 dan IHH Healthcare melonjak empat sen kepada RM8.85.

Bagi saham paling aktif, AMS Advanced Material yang baru disenaraikan di Pasaran ACE susut satu sen kepada 28 sen, NexG menambah satu sen kepada 32.5 sen, AirAsia X susut tiga sen kepada RM1.27, Velesto Energy naik satu sen kepada 34 sen dan Zetrix AI naik satu sen kepada 87 sen.

Antara kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries naik 88 sen kepada RM36.52, Dutch Lady Milk Industries menambah 12 sen kepada RM32.50, Country View meningkat 10 sen kepada RM3.20, SAM Engineering menokok lapan sen kepada RM3.98 dan Press Metal melonjak enam sen kepada RM7.92.

Bagi kaunter paling rugi, Petronas Dagangan susut 32 sen kepada RM20.28, United Plantations turun 22 sen kepada RM33.50, WATTA Holding merosot tujuh sen kepada 30 sen, KESM Industries berkurangan lima sen kepada RM3.32 dan AGX Group menguncup tiga sen kepada 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 45.35 mata kepada 12,498.94, Indeks FBM Emas naik 43.31 mata kepada 12,661.33, Indeks FBM Mid 70 menambah 48.91 mata kepada 17,884.18, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 16.64 mata kepada 12,497.83 dan Indeks FBM ACE naik 3.22 mata kepada 4,624.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 135.55 mata kepada 20,288.50, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.62 mata kepada 186.50, Indeks Tenaga merosot 0.07 mata kepada 821.97 dan Indeks Perladangan berkurangan 15.80 mata kepada 8,895.83. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan rundingan AS-Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.