Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring pasaran serantau
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring pasaran serantau

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.74 mata atau 0.40 peratus kepada 1,683.60 daripada 1,676.86 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu sebelum ini dibuka 11.65 mata lebih tinggi pada 1,688.51.

Bagaimanapun, sentimen pasaran positif dengan 367 kaunter untung mengatasi 186 kaunter rugi.

Sebanyak 198 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 314.62 juta saham bernilai RM205.75 juta.

Susulan pengumuman gencatan senjata, harga minyak merosot di bawah paras AS$100 setong, dengan minyak mentah Brent susut 13.10 peratus kepada AS$94.96 setong, manakala WTI turun 14.50 peratus kepada AS$96.57 setong.

Apex Securities Bhd berkata penangguhan sementara itu yang disifatkan Trump sebagai “gencatan dua hala” bergantung kepada persetujuan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.

Ia bagaimanapun mencerminkan rundingan yang rapuh dan risiko peningkatan semula ketegangan sekiranya rundingan gagal.

“Peralihan mendadak daripada tindakan ketenteraan yang hampir dilaksanakan kepada penangguhan bersyarat menunjukkan risiko sentimen yang tinggi, dengan pasaran dijangka kekal sensitif terhadap perkembangan lanjut, respons diplomatik dari Tehran serta sebarang perubahan kepada tempoh dua minggu itu,” katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam persekitaran ini, pasaran serantau dijangka diniagakan secara berhati-hati, dengan pelabur kekal defensif susulan rundingan yang rapuh dan risiko geopolitik yang tinggi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank melonjak 16 sen kepada RM11.32, Public Bank naik 10 sen kepada RM4.70, CIMB meningkat 20 sen kepada RM7.55, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.00, manakala Petronas Chemicals susut RM1.03 kepada RM4.85.

Bagi saham aktif, AirAsia X meningkat 10 sen kepada RM1.26, Capital A naik 2.5 sen kepada 45.5 sen, V.S. Industry bertambah setengah sen kepada 19 sen, Reneuco tidak berubah pada setengah sen, dan Top Glove susut 4.5 sen kepada 73 sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Nestle naik 70 sen kepada RM99.00, Malaysian Pacific meningkat 64 sen kepada RM29.64, Fraser & Neave bertambah 52 sen kepada RM29.22, dan Hong Leong Bank naik 44 sen kepada RM21.94.

Bagi kaunter paling rugi, Batu Kawan susut 78 sen kepada RM21, United Plantations turun 30 sen kepada RM33.56, manakala SD Guthrie dan Hibiscus Petroleum masing-masing merosot 27 sen kepada RM5.91 dan RM1.92.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 50.33 mata kepada 12,166.21, Indeks FBM Emas naik 52.53 mata kepada 12,313.78, Indeks FBM 70 menokok 77.27 mata kepada 17,026.51, Indeks FBM Emas Shariah susut 39.83 mata kepada 12,104.18, dan Indeks FBM ACE meningkat 65.05 mata kepada 4,349.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 337.69 mata kepada 19,923.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 4.83 mata kepada 178.22, Indeks Tenaga turun 23.22 mata kepada 788.16, dan Indeks Perladangan merosot 186.24 mata kepada 8,909.42.

Sementara itu, Bursa Malaysia memaklumkan jualan singkat harian (IDSS) bagi Petronas Chemicals digantung bagi baki hari ini selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan semula pada Khamis, 9 April, 2026, 8.30 pagi,” katanya.

Petronas Chemicals kali terakhir didagangkan pada RM4.85, susut RM1.03. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit pulih kepada 3.99 berbanding dolar AS susulan sentimen positif pasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.