Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali pulih dengan dibuka lebih tinggi semalam, seiring kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.01 mata atau 0.29 peratus kepada 1,685.84 daripada 1,680.83 ketika ditutup pada Isnin.

Terdahulu, indeks penanda aras itu dibuka 3.22 mata lebih tinggi pada 1,684.05.

Pasaran secara keseluruhan adalah positif, dengan 191 kaunter untung mengatasi 121 kaunter rugi. Sebanyak 294 kaunter tidak berubah, manakala 2,647 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 147.06 juta saham bernilai RM87.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata saham tempatan kini berada pada paras menarik untuk dikumpul, sekali gus menggalakkan aktiviti belian pada harga rendah.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,680 hingga 1,690,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM11.28, CIMB meningkat dua sen kepada RM7.42, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM8.64, manakala Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM4.64 dan RM14.00. Press Metal susut satu sen kepada RM7.88.

Bagi saham aktif, Sunway Healthcare melonjak lima sen kepada RM1.95, V.S. Industry naik satu sen kepada 20 sen, Toyo Ventures meningkat dua sen kepada 22 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, manakala Reneuco susut 1.5 sen kepada 0.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Hong Leong Bank naik 36 sen kepada RM21.60, manakala LPI Capital dan United Plantations masing-masing meningkat 12 sen kepada RM14.40 dan RM34.32. Allianz Malaysia menambah 10 sen kepada RM20.50.

Bagi kaunter paling rugi, Sarawak Oil Palms susut 13 sen kepada RM4.62, Nestle turun 10 sen kepada RM100.00, Telekom Malaysia merosot sembilan sen kepada RM7.11, dan UMS susut lima sen kepada RM1.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 32.62 mata kepada 12,180.53, Indeks FBM Emas naik 33.48 mata kepada 12,327.56, Indeks FBM 70 menokok 30.20 mata kepada 17,038.69, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 26.25 mata kepada 12,190.51, dan Indeks FBM ACE menambah 10.25 mata kepada 4,310.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 91.51 mata kepada 19,758.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.67 mata kepada 183.62, Indeks Tenaga menambah 3.19 mata kepada 814.75, dan Indeks Perladangan naik 26.20 mata kepada 9,143.86.

Sementara itu, Bursa Malaysia memaklumkan dagangan sekuriti IJM Corp dan Sunway digantung dari 9.00 pagi hingga 10.00 pagi hari ini. — Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.