Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring kenaikan di Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring kenaikan di Wall Street

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.40 mata atau 0.65 peratus kepada 1,614.87 daripada 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks itu dibuka mengukuh 3.79 mata kepada 1,608.26.

Pasaran meluas adalah positif dengan 190 kaunter untung mengatasi 166 kaunter rugi manakala 293 kaunter lagi tidak berubah, 2,040 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 99.44 juta saham bernilai RM74.07 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.017 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng menyusut berikutan peniaga mencari pemangkin baharu selepas mengambil kira jangkaan penurunan kadar faedah dalam harga pasaran,” katanya kepada Bernama.

Selepas ditutup di bawah paras 1,605 Jumaat lepas, Thong yakin bursa tempatan bersedia berdepan peningkatan berikutan keputusan yang memuaskan daripada pilihan raya pada Sabtu, dan menjangka indeks akan berada dalam jajaran antara 1,605 dan 1,615 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing meningkat lapan sen kepada RM13.26 dan RM8.34, CIMB menokok 21 sen kepada RM7.86, Maybank naik empat sen kepada RM9.95 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.35.

Bagi saham paling aktif, Foodie Media dan Tanco masing-masing naik satu sen kepada 41 sen dan RM1.14, UEM Edgenta meningkat 18.0 sen kepada RM1.05, Supermax susut 1.5 sen kepada 35.5 sen dan Reservoir tidak berubah pada 20.5 sen.

Saham paling untung antaranya melibatkan BLD Plantation, yang mengukuh 70 sen kepada RM16.50, Hong Leong Industries menambah 26 sen kepada RM15.26 dan Hong Leong Bank menokok 24 sen kepada RM21.38.

Antara saham paling rugi menyaksikan Inari Amertron dan Kuala Lumpur Kepong masing-masing susut 12 sen kepada RM2.07 dan RM20.08, Ibraco rendah tujuh sen kepada RM1.25 manakala Unisem dan Malayan Cement masing-masing menyusut enam sen kepada RM3.18 dan RM6.65.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 55.44 mata kepada 11,971.41, Indeks FBM Emas Shariah menokok 26.26 mata kepada 11,877.16, Indeks FBMT 100 naik 56.06 mata kepada 11,757.03, dan Indeks FBM ACE meningkat 17.66 mata kepada 4,842.28 manakala Indeks FBM Mid 70 rendah 5.19 mata kepada 16,850.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 161.33 mata kepada 18,737.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.63 mata kepada 164.66 dan Indeks Tenaga naik 2.67 mata kepada 750.45 manakala Indeks Perladangan susut 4.29 mata kepada 8,067.83.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mendatar, fokus terarah keputusan FOMC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.