
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalaman Wall Street.
Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.72 mata kepada 1,619.91 daripada 1,615.19.
Indeks barometer dibuka tinggi 2.10 mata kepada 1,617.29.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 275 berbanding 129 manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,975 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 282.52 juta unit bernilai RM278.95 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami pemulihan menyeluruh apabila peniaga respons secara positif terhadap jaminan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa hubungan perdagangan dengan China akan menjadi baik.
“Beliau mungkin tidak meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif tinggi ke atas negara itu. Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun tidak berubah pada 4.06 peratus,” katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam julat 1,610 hingga 1,620 hari ini.
“Namun begitu, kami menjangkakan aktiviti belian semasa harga murah akan muncul jika indeks bergerak menghampiri paras 1,600,” tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.94, Tenaga Nasional meningkat empat sen kepada RM13.30, Public Bank melonjak dua sen kepada RM4.24, IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM8.01, manakala CIMB Group tidak berubah pada RM7.43.
Bagi saham aktif, Genting Malaysia naik 20 sen kepada RM2.34, Genting Bhd meningkat 12 sen kepada RM2.98, ECA Integrated melonjak satu sen kepada 25 sen, Top Glove turun satu sen kepada 69.5 sen dan NexG merosot empat sen kepada 46 sen.
Antara kaunter paling untung menyaksikan Heineken Malaysia naik 20 sen kepada RM20.60, PPB Group meningkat 12 sen kepada RM11.12, Malayan Cement menokok 10 sen kepada RM6.78, QL Resources menambah lapan sen kepada RM4.45 dan Petronas Chemicals melonjak lapan sen kepada RM4.21.
Bagi kaunter paling rugi pula, ABM Fujiya merosot 4.5 sen kepada 26.5 sen, NexG dan Hong Leong Financial turun empat sen masing-masing kepada 46 sen dan RM16.84, PIE Industrial dan Pentamaster merosot tiga sen masing-masing kepada RM3.50 dan RM4.27.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 43.63 mata kepada 12,122.17, Indeks FBMT 100 meningkat 44.46 mata kepada 11,843.61, Indeks FBM Emas Shariah menokok 34.82 mata kepada 12,207.62, Indeks FBM 70 menambah 107.77 mata kepada 17,192.20 manakala Indeks FBM ACE meningkat 40.53 mata kepada 5,290.94.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 28.06 mata kepada 18,250.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 175.27, Indeks Tenaga meningkat 2.13 mata kepada 797.30 dan Indeks Perladangan menambah 8.46 mata kepada 7,873.58.- Bernama