Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

Utusan Sarawak 18 hours ago
BURSA Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.09 mata atau 0.13 peratus kepada 1,558.23 daripada 1,556.14 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.78 mata lebih tinggi kepada 1,556.92.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan 256 kaunter untung dan 101 kaunter rugi, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,850 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 123.18 juta saham bernilai RM58.98 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), pihaknya menjangkakan FBM KLCI bergerak mendatar semasa musim pelaporan prestasi korporat yang sedang berjalan, berikutan kelembapan ekonomi global yang disebabkan tarif boleh menjejaskan aktiviti dan pendapatan domestik.

“Tinjauan berhati-hati ini mungkin berterusan sehingga perjanjian perdagangan yang kekal dan saling menguntungkan dicapai antara Amerika Syarikat dan rakan dagang utama, termasuk Malaysia,” tambah bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

HLIB menambah bahawa ketidaktentuan dasar pentadbiran Presiden AS Donald Trump yang berpanjangan dan isyarat kabur mengenai keputusan kadar Rizab Persekutuan AS akan terus memberi tekanan kepada sentimen pasaran dan keyakinan perniagaan.

Antara saham berwajaran tinggi, CIMB dan Petronas Gas masing-masing menambah 2.0 sen kepada RM7.12 dan RM17.60, manakala Public Bank dan Press Metal masing-masing kekal pada RM4.49 dan RM4.96.

Maybank, TNB dan IHH Healthcare masing-masing susut 2.0 sen kepada RM10.12, RM14.08 dan RM6.97.

Kalangan saham aktif, SFP Tech dan NexG masing-masing naik setengah sen kepada 23.5 sen dan 38 sen, Nationgate menokok 3.0 sen kepada RM1.64, Dagang Nexchange meningkat 1.0 sen kepada 31 sen, manakala Straits Energy dan Magma masing-masing kekal mendatar pada 9.0 sen dan 41.5 sen.

Permaju Industries dan PEOPLElogy yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, masing-masing menguncup setengah sen kepada 3.0 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 36.11 mata kepada 11,629.45, Indeks FBMT 100 naik 32.61 mata kepada 11,383.43, dan Indeks FBM ACE menambah 13.31 mata kepada 4,660.25.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 48.29 mata kepada 11,536.28, manakala Indeks FBM 70 melonjak 116.50 mata kepada 16,502.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 4.06 mata kepada 18,363.06, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.47 mata kepada 158.97, Indeks Tenaga menokok 7.39 mata kepada 714.89, manakala Indeks Perladangan susut 1.66 mata kepada 7,324.43.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.