
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.98 mata atau 0.29 peratus kepada 1,703.28 daripada 1,698.30 semasa ditutup semalam.
Indeks dibuka tinggi 5.82 mata kepada 1,704.53.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan 247 kaunter untung mengatasi 129 kaunter rugi manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,981 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 219.64 juta saham bernilai RM136.18 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kekurangan kejelasan telah menyebabkan harga minyak mentah tidak menentu, dengan minyak mentah Brent terus berada pada paras tinggi pada AS$109 setong.
“Pasaran Asia menyusut selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi isyarat bahawa operasi ketenteraan AS mungkin dipertingkatkan di Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, menjejaskan harapan terhadap ketegangan yang mereda.
“Sehubungan itu, harga minyak mentah Brent melonjak kepada US$110 setong, membawa kepada jualan meluas di seluruh Asia,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat tempatan, pasaran sesuai untuk pembelian tetapi peniaga memilih untuk kekal tidak memasuki pasaran sehingga terdapat lebih banyak kejelasan.
“Hari ini, kami menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,690 hingga 1,705,” katanya.
Pasaran AS ditutup hari ini sempena Good Friday.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 40 sen kepada RM11.50, Public Bank mendatar pada RM4.71, CIMB naik dua sen kepada RM7.61, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM13.96 dan IHH Healthcare menurun satu sen kepada RM8.95.
Dalam senarai paling aktif, TWL mendatar pada 2.5 sen, Top Glove merosot setengah sen kepada 75.5 sen, Sunway Healthcare meningkat satu sen kepada RM2.01, Bintai Kinden menambah setengah sen kepada 10 sen dan PESTEC International berkurangan setengah sen kepada 6.5 sen.
Dalam kalangan kaunter untung, Nestle melonjak RM1.94 kepada RM100.80, United Plantation meningkat 32 sen kepada RM34.32, Petronas Gas menambah 26 sen kepada RM18.30, Petronas Dagangan naik 22 sen kepada RM21.32 dan Kuala Lumpur Kepong menokok 18 sen kepada RM22.06.
Kaunter paling rugi termasuklah Ta Ann, merosot 11 sen kepada RM5.45, Sarawak Oil Palms berkurangan 10 sen kepada RM4.67, Westports dan Hap Seng Plantations, masing-masing menurun tujuh sen kepada RM5.37 dan RM2.27 serta Manulife menyusut enam sen kepada RM2.21.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 35.02 mata kepada 12,292.03, Indeks FBM Emas naik 36.84 mata kepada 12,425.46, Indeks FBM 70 menambah 44.79 mata kepada 17,131.68, Indeks FBM Emas Shariah naik 35.58 mata kepada 12,232.50 dan Indeks FBM ACE menokok 18.93 mata kepada 4,289.07.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 46.41 mata kepada 20,184.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.71 mata kepada 184.11, Indeks Tenaga menokok 9.27 mata kepada 815.90 dan Indeks Perladangan naik 27.89 mata kepada 9,118.24. – Bernama