Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Pada 9.53 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.64 mata kepada 1,748.52 selepas dibuka tinggi 15.21 mata kepada 1,756.09 daripada 1,740.88 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 376 berbanding 370 manakala 465 kaunter tidak berubah, 1,417 tidak diniagakan dan 62 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 756.30 juta saham bernilai RM597.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial Average melonjak 1.05 peratus kepada 49,407.66 dan S&P500 meningkat 0.54 peratus kepada 6,976.64 manakala Nasdaq naik kepada 23,592.11 semalaman.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus ditutup rendah berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai penilaian saham teknologi yang tinggi dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang agresif terus mempengaruhi sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, katanya indeks petunjuk pasaran kekal dalam aliran meningkat manakala aktiviti pengambilan untung secara berkala dijangka berterusan selepas kenaikan dicatatkan baru-baru ini.

“Pengukuhan ringgit dijangka memberikan sokongan kepada pasaran tempatan. Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI terus turun naik dalam julat 1,730 hingga 1,750 hari ini,” katanya. 

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank menambah 10 sen kepada RM11.90 manakala Public Bank naik 5.0 sen kepada RM4.92 dan Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.06.

CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing merosot satu sen kepada RM8.57 dan RM8.95. 

Dalam senarai paling aktif, Pharmaniaga meningkat satu sen kepada 29.5 sen, Zetrix AI naik setengah sen kepada 81 sen, Capital A merosot 1.5 sen kepada 60 sen, Tanco berkurangan 3.0 sen kepada RM1.33 dan Gamuda menurun 20 sen kepada RM4.22.  

Kaunter paling untung termasuklah Nestle, meningkat RM2.00 kepada RM114, Malaysian Pacific Industries naik 58 sen kepada RM32.58, Ajinomoto menambah 28 sen kepada RM13.92. Dutchlady Milk Industries menokok 22 sen kepada RM33.22 dan Telekom  Malaysia melonjak 21 sen kepada RM8.11. 

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Fraser & Neave merosot 96 sen kepada RM34.80, Hong Leong Bank berkurangan 68 sen kepada RM25.12, Petronas Dagangan menyusut 40 sen kepada RM20.80, Tradeplus menurun 33 sen kepada RM5.87 dan RHB Bank merosot 21 sen kepada RM8.24. 

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 40.32 mata kepada 12,602.34, Indeks FBM Emas naik 36.52 mata kepada 12,782.51 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 40.97 mata kepada 12,316.29.

Indeks FBM ACE merosot 3.97 mata kepada 4,719.03 dan Indeks FBM Mid 70 naik 29.35 mata kepada 17,538.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 4.36 mata kepada 21,505.82, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.36 mata kepada 175.92, Indeks Perladangan naik 36.59 mata kepada 8,401.15 dan Indeks Tenaga merosot 4.46 mata kepada 754.47.

Sementara itu, Guocoland (Malaysia) Bhd (GLM) mengumumkan bahawa Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan syarikat untuk menangguhkan dagangan saham biasa dalam GLM bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang hari ini sementara menunggu pengumuman dikeluarkan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.