Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam berikutan belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.57 mata kepada 1,594.78 daripada 1,588.21 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,591.92.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 204 kaunter untung mengatasi 119 kaunter rugi manakala 240 kaunter tidak berubah, 2,031 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 156.85 juta saham bernilai RM80.46 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, pihaknya menjangka FBM KLCI diniagakan bercampur-campur hari ini seiring dengan penurunan semalaman di Wall Street.

“Wall Street terus mencatatkan penurunan berikutan penjualan saham Apple dan Amazon menyebabkan pasaran secara keseluruhannya rendah manakala pelabur kekal berhati-hati menjelang pelaporan pendapatan NVIDIA minggu depan.

“Minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS mengukuhkan pendirian tunggu dan lihat mengenai penurunan kadar faedah, dengan merujuk kepada risiko inflasi berkaitan tarif.

“Peniaga kini memberikan tumpuan kepada ucapan Powell pada Simposium Jackson Hole pada Jumaat untuk petunjuk dasar,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 3.0 sen kepada RM9.83, Tenaga Nasional naik 6.0 sen kepada RM13.72 dan IHH Healthcare menambah 1.0 sen kepada RM6.89 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.46 dan RM7.36.

Dalam senarai diniagakan secara aktif, Green Packet naik 1.0 sen kepada 5.0 sen, CBH Engineering meningkat 1.5 sen kepada 32.5 sen manakala Berjaya Corp merosot setengah sen kepada 27.5 sen dan JCY International berkurangan 2.5 sen kepada 26 sen.

Pada papan indeks, Indeks FBM Emas naik 37.46 mata kepada 11,820.29, Indeks FBM 100 meningkat 38.77 mata kepada 11,607.07, Indeks FBM Emas Shariah menambah 50.52 mata kepada 11,749.86, Indeks FBM Mid 70 menokok 15.55 mata kepada 16,619.01 dan Indeks FBM ACE naik 14.03 mata kepada 4,709.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 20.02 mata kepada 18,185.16, Indeks Perladangan menambah 17.85 mata kepada 7,610.45, Indeks Tenaga naik 2.13 mata kepada 751.42 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.54 mata kepada 162.27.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, serantau
Next: Untung bersih suku kedua Bintulu Port susut kepada RM34.73 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.