Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 2 days ago
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.48 mata kepada 1,531.27 daripada 1,529.79 ketika ditutup semalam.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, dengan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,530 disokong oleh optimisme terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta lonjakan sentimen positif susulan pengumuman Perdana Menteri semalam.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.48 mata kepada 1,531.27 daripada 1,529.79 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.26 mata lebih kukuh kepada 1,531.05.

Jumlah dagangan mencecah 174.73 juta saham bernilai RM85.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup hampir pada paras 1,530 semalam, disokong pengumuman positif oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semua rakyat Malaysia.

“Ini sememangnya satu faktor kejutan yang menyenangkan, mungkin bertujuan meringankan beban susulan Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada masa hadapan. Sama ada momentum ini dapat dikekalkan masih belum pasti, namun kami menjangkakan indeks mencecah julat 1,530 hingga 1,540 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di peringkat global, Wall Street ditutup lebih tinggi secara keseluruhannya didorong keyakinan yang semakin meningkat terhadap kemajuan terkini dalam rundingan perdagangan.

Sementara itu, hasil bon Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun susut kepada 4.384 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga setengah tahun, didorong oleh optimisme bahawa rundingan perdagangan baharu antara AS dan China sedang mencatatkan perkembangan positif, susulan perjanjian AS-Jepun yang baru dimeterai.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank, 99 SpeedMart dan SD Guthrie masing-masing menambah tiga sen kepada RM9.62, RM2.37 dan RM4.78. PPB meningkat 17 sen kepada RM9.47, manakala Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM3.39.

Kaunter paling untung diterajui oleh Nestle, yang melonjak 60 sen kepada RM77.50. United Plantations menambah 20 sen kepada RM22.00, Hong Leong Industries naik enam sen kepada RM15.96, dan Unisem meningkat lima sen kepada RM2.26.

Kaunter aktif pula diketuai oleh NexG dan TWL yang masing-masing tidak berubah pada 52 sen dan 2.5 sen. Waran Sunzen menambah setengah sen kepada 10 sen, TT Vision naik 3.5 sen kepada 60 sen, manakala SFP Technologies dan Notion Vtec masing-masing meningkat satu sen kepada 20.5 sen dan 60.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.47 mata kepada 11,508.02, Indeks FBMT 100 meningkat 11.75 mata kepada 11,265.91, dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 11.34 mata kepada 11,527.82.

Indeks FBM 70 meningkat 21.17 mata kepada 16,665.26, manakala Indeks FBM ACE menambah 2.25 mata kepada 4,667.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 27.47 mata kepada 17,457.72, Indeks Tenaga susut 0.92 mata kepada 742.26, Indeks Perladangan menokok 16.49 mata kepada 7,427.93, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 155.47. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit lebih kukuh berbanding dolor AS pada awal dagangan
Next: Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.