Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tidak berubah, tinggi dalam dagangan awal
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tidak berubah, tinggi dalam dagangan awal

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa, tinggi sedikit dalam dagangan awal dalam persekitaran optimisme, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.59 mata atau 1,620.37 berbanding 1,618.78 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras dibuka 0.76 mata lebih tinggi kepada 1,619.54.

Lingkungan pasaran adalah positif, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 236 berbanding 114 manakala 219 kaunter tidak berubah, 2,240 kaunter tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.16 juta unit bernilai pada RM68.77 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Bursa Malaysia dijangka menyaksikan pembelian berterusan ke atas saham wajaran tinggi terpilih hari ini, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street dengan pembelian terhadap saham teknologi.

“Kami menjangkakan pembelian ke atas saham mewah akan berterusan dan menjangkakan indeks penanda aras akan diniagakan dalam julat 1,615–1,625 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah satu sen masing-masing kepada RM9.97 dan RM4.31, CIMB meningkat empat sen kepada RM7.51, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM13.10, manakala IHH tidak berubah pada RM8.08.

Bagi saham aktif, Polymer Link yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat satu sen kepada 26 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, YTL Corp menokok dua sen kepada RM2.33, NextGreen naik satu sen kepada 80 sen, bagaimanapun BermazAuto susut satu sen kepada 50.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan MPI menambah 72 sen kepada RM32.38, Nestle naik 70 sen kepada RM112.70, KL Kepong menokok 26 sen kepada RM20.98, Petronas Dagangan melonjak 22 sen kepada RM21.22 dan Hong Leong Industries naik 18 sen kepada RM14.60.

Antara saham paling rugi, Hong Leong Bank turun 54 sen kepada RM21.68, United Plantation merosot 36 sen kepada RM28, Malayan Cement turun 25 sen kepada RM6.40, Petronas Gas menguncup 20 sen kepada RM18.20 dan F&N berkurangan 14 sen kepada RM33.30.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 11.86 mata kepada 12,031.37, Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.76 mata kepada 12,013.58, Indeks FBMT 100 meningkat 8.04 mata kepada 11,802.06, Indeks FBM ACE naik 5.88 mata kepada 4,908.76, manaka Indeks FBM Mid 70 turun 3.95 mata kepada 16,937.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 22.40 mata kepada 18,514.52, Indeks Perladangan naik 20.01 mata kepada 8,237.58, Indeks Tenaga menambah 0.07 mata kepada 757.40 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.06 mata kepada 163.59.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eric Tay: Belanjawan Sarawak 2026 menunjukkan tadbir urus berwawasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.