Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentiment berhati-hati
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentiment berhati-hati

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.

Pada masa sama, Washington turut berkongsi semula minatnya yang mendalam untuk mendapatkan Greenland.

Setakat jam 9.09 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 6.30 mata atau 0.38 peratus kepada 1,670.53 daripada paras penutup semalam pada 1,676.83.

Sewaktu pasaran dibuka, indeks penanda aras itu susut 2.61 mata kepada 1,674.22.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 161 berbanding 129, sebanyak 277 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 12 digantung dagangannya.

Apex Securities berkata minat belian dalam kaunter terpilih berkemungkinan didorong oleh optimis berterusan dalam sektor teknologi global.

“Selain itu, susulan kelemahan data ekonomi seperti ADP dan JOLTS berkaitan penggajian, kalangan pelabur akan menumpukan pengumuman laporan guna tenaga bukan perladangan bagi mendapatkan petunjuk mengenai trajektor pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed),” kata firma pembrokeran itu dalam nota tinjauannya hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM8.61, Press Metal menambah dua sen kepada RM7.13, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM22.76 manakala Maybank turun enam sen kepada RM10.62, Public Bank susut dua sen kepada RM4.51 dan CIMB susut empat sen kepada RM8.02.

Kaunter paling aktif menyaksikan Vantris menokok 5.5 sen kepada 44 sen, Capital A naik setengah sen kepada 41 sen, IJM meningkat tujuh sen kepada RM2.81, Tanco tidak berubah pada RM1.20, MMAG turun setengah sen kepada tujuh sen dan SNS Network berkurangan 3.5 sen kepada 61 sen.

Selain itu, kaunter paling untung didahului Petronas Dagangan yang naik 12 sen kepada RM20.08, PPB dan PJBumi masing-masing naik enam sen kepada RM10.68 dan RM1.53, LGMS menambah 4.5 sen kepada 59.5 sen dan Frontken meraih empat sen kepada RM4.19.

Saham dengan kerugian ketara menyaksikan Nestle merosot RM1.70 kepada RM120.30, Petronas Gas turun 12 sen kepada RM18.26, Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM13.60, MISC berkurangan enam sen kepada RM7.57 dan Westports kehilangan lima sen kepada RM5.56.

Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas berkurangan 29.55 mata kepada 12,330.55, Indeks FBM Top 100 merosot 31.18 mata kepada 12,120.77 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 19.95 mata kepada 12,146.80.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 20.52 mata kepada 17,194.05 dan Indeks FBM ACE susut 12.70 mata kepada 4,951.61.

Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 70.06 mata kepada 19,704.13, Indeks Tenaga turun 2.76 mata kepada 766.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.21 mata kepada 172.25 dan Indeks Perladangan menguncup 10.09 mata kepada 8,387.85.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Next: AirAsia tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfiriti – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.