Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi bercampur-campur Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi bercampur-campur Wall Street

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman berikutan pelabur kekal berhati-hati berikutan sentimen tidak menentu terhadap saham berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  susut 8.40 mata kepada 1,732.54 daripada paras 1,740.94 ketika ditutup pada Khamis, selepas dibuka 3.88 mata lebih rendah pada 1,737.06.

Sentimen pasaran keseluruhan negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 297 berbanding 142, manakala 274 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,977 kaunter tidak diniagakan dan 76 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 214.54 juta saham bernilai RM152.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila saham berkaitan AI menerima tekanan dengan Nvidia dan syarikat perisian berasaskan awan Amerika Syarikat (AS), Salesforce, mencatat penurunan walaupun merekodkan keputusan lebih baik daripada jangkaan.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut kepada 4.01 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, Thong berkata penurunan FBM KLCI semalam membuka peluang pembelian pada harga rendah, khususnya jika indeks menghampiri paras 1,730 mata.

“Meskipun sentimen luaran kekal berhati-hati, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,735 hingga 1,745 mata,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM11.94, Public Bank turun lima sen kepada RM4.95, dan CIMB Group merosot 12 sen kepada RM8.34. Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM14.34, manakala IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM8.95.

Kaunter paling aktif, MBSB turun 4.5 sen kepada 71.5 sen, Velesto Energy susut setengah sen kepada 30 sen, Bintai Kinden naik satu sen kepada 10.5 sen, Zetrix AI meningkat dua sen kepada 82 sen, dan Ambest merosot 1.5 sen kepada 29.5 sen.

Antara kaunter untung utama, Greatech melonjak 23 sen kepada RM2.20, MHC Plantations meningkat 13 sen kepada RM1.76, Kelington naik 13 sen kepada RM5.34, Vitrox menambah 11 sen kepada RM4.63, dan Time dotCom meningkat 11 sen kepada RM6.27.

Kaunter paling rugi termasuk Ayer Holdings, turun 37 sen kepada RM7.01, Batu Kawan susut 32 sen kepada RM19.38, United Plantations turun 24 sen kepada RM29.76, Ajinomoto merosot 20 sen kepada RM13.60, dan Dufu Technology jatuh 18 sen kepada RM1.58.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 74.60 mata kepada 12,519.71, Indeks FBM Emas susut 72.18 mata kepada 12,696.42, Indeks FBM 70 turun 34.77 mata kepada 17,663.47, Indeks FBM Emas Shariah susut 46.95 mata kepada 12,264.76, dan Indeks FBM ACE turun 20.83 mata kepada 4,743.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 156.40 mata kepada 21,309.94, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.26 mata kepada 174.08, Indeks Tenaga susut 4.90 mata kepada 754.56, dan Indeks Perladangan menurun 57.84 mata kepada 8,293.71.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama dan serantau
Next: Malaysia catat perdagangan RM272.4 bilion, Pulau Pinang pengesport utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.