Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah seiring penurunan Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah seiring penurunan Wall Street

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.73 mata kepada 1,727.29 selepas dibuka rendah 1.79 mata kepada 1,729.23 daripada 1,731.02 semasa ditutup pada Khamis.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 374 berbanding 72 manakala 275 kaunter tidak berubah, 1,934 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 240.07 juta saham bernilai RM149.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah berikutan jualan berterusan dalam saham teknologi selain data pekerjaan yang lemah meningkatkan kebimbangan dalam pasaran yang telah terjejas disebabkan penurunan ketara dalam sektor perisian.

“Dow Jones Industrial Average merosot 1.20 peratus kepada 48,908.72, S&P 500 menurun 1.23 peratus kepada 6,798.40 dan Nasdaq Composite jatuh 1.59 peratus kepada 22,540.59.

“Di Hong Kong, saham meningkat berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam syarikat teknologi seperti Lenovo, Baidu dan Xiaomi, dengan Indeks Hang Seng naik 0.14 peratus kepada 26,885.24,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Thong berkata penurunan FBM KLCI semalam perlu dilihat sebagai sementara berbanding perubahan trend selepas mencatatkan kenaikan yang kukuh.

“Kami menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,730 hingga 1,745 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot 2.0 sen kepada RM11.92 dan RM13.96, IHH Healthcare berkurangan 1.0 sen kepada RM8.76, Public Bank meningkat 2.0 sen kepada RM4.92 manakala CIMB kekal mendatar pada RM8.52.

Dalam senarai paling aktif, AmBest Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 8.0 sen kepada 33 sen, Zetrix AI dan Gamuda, masing-masing merosot 4.0 sen kepada 65.5 sen dan RM3.99, Top Glove menurun 0.5 sen kepada 57.5 sen manakala MMAG tidak berubah pada 5.0 sen.

Kaunter paling untung termasuklah HI Mobility, naik 10 sen kepada RM2.30, Malayan Cement meningkat 3.0 sen kepada RM8.25, Superlon menambah 2.5 sen kepada 69.5 sen serta Karex dan IJM Corporation, masing-masing menokok 2.0 sen kepada 64 sen dan RM2.82.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries merosot 86 sen kepada RM31.14, Allianz Malaysia berkurangan 82 sen kepada RM21.66, Dutch Lady Milk Industries menurun 46 sen kepada RM33.00, Fraser & Neave menyusut 20 sen kepada RM33.68 dan Tradeplus Shariah Gold Tracker merosot 19 sen kepada RM5.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 berkurangan 39.54 mata kepada 12,432.41, Indeks FBM Emas merosot 43.07 mata kepada 12,601.35, Indeks FBM Mid 70 jatuh 112.04 mata kepada 17,186.47, Indeks FBM Emas Shariah menurun 60.87 mata kepada 12,064.45 dan Indeks FBM ACE merosot 43.35 mata kepada 4,591.0.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 32.13 mata kepada 21,441.91, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.76 mata kepada 173.77, Indeks Perladangan menurun 22.74 mata kepada 8,319.64 dan Indeks Tenaga menyusut 4.98 mata kepada 735.67.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.