Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah didorong sentimen berhati-hati
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah didorong sentimen berhati-hati

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.75 mata kepada 1,709.28 daripada 1,712.03 semasa ditutup pada Jumaat lepas selepas dibuka rendah 1.56 mata kepada 1,710.47.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 189 manakala 343 kaunter tidak berubah, 1,980 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 228.65 juta saham bernilai RM118.83 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa walaupun pasaran ditutup, kelewatan mencapai perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran serta serangan terbaharu Israel ke atas Lubnan telah meningkatkan ketidaktentuan mengenai rundingan damai.

Sehubungan itu, harga minyak mentah Brent meningkat melepasi paras US$80 setong.

Pada peringkat domestik, katanya FBM KLCI yang ditutup rendah pada paras 1,700 pada Jumaat lepas menunjukkan bahawa aktiviti belian saham pada harga rendah terus aktif, dengan minat belian tertumpu terutamanya kepada saham mewah.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, PPB Group menurun 44 sen kepada RM9.68, IOI Corporation berkurangan enam sen kepada RM4.27, Petronas Dagangan menyusut 18 sen kepada RM18.56, Maxis merosot tiga sen kepada RM3.39 dan Maybank menurun lapan sen kepada RM11.10.

Bagi saham paling aktif, Dagang Nexchange menambah setengah sen kepada 47 sen, AirAsia X berkurangan lima sen kepada RM1.28, Widad Group dan Tanco, masing-masing mendatar pada dua sen dan 14 sen serta Capital A merosot 1.5 sen kepada 42.5 sen.

Kaunter paling untung ialah F&N meningkat 30 sen kepada RM28.38, Concrete Engineering Products (Cepco) naik 26 sen kepada RM3.97, Skyechip menambah 11 sen kepada RM3.20, Petronas Chemicals Group menokok sembilan sen kepada RM,4.58 dan Hong Leong Bank naik lapan sen kepada RM22.24.

Kaunter paling rugi diterajui oleh PPB Group, diikuti Malaysian Pacific Industries, merosot 32 sen kepada RM49.58, Nestle menurun 24 sen kepada RM95.98, Petronas Dagangan berkurangan 18 sen kepada RM18.56 dan KLCC Prop & REITS-Stapled Sec (KLCC) menyusut 14 sen kepada RM9.38.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 22.29 mata kepada 12,658.76, Indeks FBM Top 100 menurun 23.35 mata kepada 12,496.27 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 19.67 mata kepada 12,538.99.

Indeks FBM Mid 70 menurun 47.67 mata kepada 18,114.91 dan Indeks FBM ACE merosot 6.46 mata kepada 4,786.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 52.75 mata kepada 20,151.83 dan Indeks Perladangan menurun 8.05 mata kepada 8,865.17, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.09 mata kepada 190.66 dan Indeks Tenaga menambah 1.67 mata kepada 767.94.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang utama lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.