Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah

Utusan Sarawak 20 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, bagaimanapun lebih tinggi sedikit pada awal dagangan, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor utiliti.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.99 mata kepada 1,608.99 daripada 1,608.0 ketika ditutup pada Khamis, selepas dibuka rendah 0.97 mata pada 1,607.03.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 250 berbalas 96, manakala 270 kaunter tidak berubah, 2,080 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 210.31 juta unit bernilai RM98.94 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih tinggi semalaman apabila sentimen bertukar positif susulan pengesahan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan bertemu dengan Presiden China Xi Jinping Khamis depan, selain pelaporan pendapatan yang kukuh setakat ini.

“Kami percaya sentimen harga di pasaran menerima rangsangan selepas China mengesahkan bahawa mesyuarat telah dijadualkan dengan AS di Malaysia.

“Kami percaya sentimen harus diperkukuhkan daripada perkembangan yang optimistik itu, justeru indeks dijangka akan respons secara positif dan berada dalam julat 1,610-1,620 hari ini,” katanya merujuk kepada mesyuarat perdagangan berasingan antara kedua-dua pihak sebelum pertemuan antara Trump dan Xi di Korea Selatan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hong Leong Bank menambah 14 sen kepada RM20.72 dan Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM4.01, manakala Petronas Gas dan Maxis tidak berubah masing-masing pada RM18.54 dan RM3.80, QL Resources pula susut satu sen kepada RM4.30.

Bagi saham aktif, Perak Transit rose two sen to 35 sen, while MMAG was one sen firmer at 11 sen, and G3 Global and Ingenieur were flat at two sen and three sen, respectively. THMY dipped half a sen to 90.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific naik 50 sen kepada RM30.20, manakala Vitrox menambah 20 sen kepada RM4.72, Pentamaster meningkat 11 sen kepada RM4.16, manakala Malayan Cement meningkat 10 sen kepada RM6.59.

Antara kaunter paling rugi, Nestle susut 60 sen kepada RM107.40, Kuala Lumpur Kepong turun 26 sen kepada RM20.28, manakala PPB dan Telekom Malaysia merosot 10 sen masing-masing kepada RM11.0 dan RM7.31.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 melonjak 18.78 mata kepada 11,785.71, Indeks FBM Emas Shariah naik 16.86 mata kepada 12,131.11, Indeks FBM Emas meningkat 20.30 mata kepada 12,051.23, Indeks FBM ACE melonjak 35.08 mata kepada 5,280.48 dan Indeks FBM 70 naik 77.49 mata kepada 17,203.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 43.74 mata kepada 18,1889.0, Indeks Tenaga meningkat 4.20 mata kepada 789.94, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.59 mata kepada 171.88 dan Indeks Perladangan turun 48.20 mata kepada 7,869.55.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman data inflasi AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.