Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mencerminkan prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.99 mata atau 0.32 peratus kepada 1,539.81 daripada 1,544.80, semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.34 mata kepada 1,541.46.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 280 berbanding 52, dengan 199 kaunter tidak berubah, 1,887 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 116.88 juta unit bernilai RM52.17 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata keseluruhan sentimen tempatan dijangka berdagang dalam ‘nada negatif’, menjejaki prestasi Wall Street.

Ia berkata peluang dagangan boleh dilihat dalam saham berkaitan emas, memandangkan lonjakan harga emas baru-baru ini dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global.

“Walaupun tarif Amerika Syarikat (AS)-China ditangguhkan, tekanan semakin meningkat selepas AS memberi amaran bahawa cip Ascend Huawei akan melanggar kawalan eksport, berpotensi mengehadkan kenaikan harga saham teknologi.

“Bagaimanapun, kami kekal positif terhadap saham pembinaan dipacu domestik,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CelcomDigi, Hong Leong Bank dan Press Metal tidak berubah masing-masing pada RM3.90, RM20 and RM5.05 manakala Maybank turun 4.0 sen kepada RM9.96, Public Bank merosot 6.0 sen kepada RM4.37, TNB turun 2.0 sen kepada RM4.08, CIMB susut 1.0 sen kepada RM6.99.

Bagi kaunter aktif, Velesto, TA Win and SFP Tech tidak berubah masing-masing pada 16.5 sen, 2.0 sen dan 22 sen, sementara Harvest Capital dan Alam Maritim menguncup 0.5 sen masing-masing pada 18 sen dan 3.0 sen, Perdana Petroleum berkurangan 1.5 sen kepada 16.5 sen, JCY International jatuh 2.0 sen kepada 33.5 sen dan Sarawak Cable merosot 0.5 sen kepada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 50.22 mata kepada 11,475.46, Indeks FBMT 100 jatuh 46.94 mata kepada 11,35.83, Indeks FBM ACE susut 14.68 mata kepada 4,611.37, Indeks FBM Emas Shariah merosot 46.51 mata kepada 11,388.14, Indeks FBM 70 merosot 109.62 mata kepada 18,235.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 77.94 mata kepada 18,137.93, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.60 kepada 154.45, Indeks Tenaga berkurangan 6.35 mata kepada 706.61 manakala Indeks Perladangan naik 10.24 mata kepada 7,340.02. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.