Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka meningkat dalam dagangan berhati-hati
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka meningkat dalam dagangan berhati-hati

Utusan Sarawak 2 days ago
INDEKS petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.32 mata atau 0.01 peratus kepada 1,670.08 berbanding penutupan Jumaat lepas pada 1,669.76.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.32 mata atau 0.01 peratus kepada 1,670.08 berbanding penutupan Jumaat lepas pada 1,669.76.

Indeks penanda aras itu dibuka naik 0.02 mata kepada 1,669.78.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 159 berbanding 88 manakala 340 kaunter tidak berubah, 2,068 tidak diniagakan dan 17 digantung dagangannya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan bergerak seiring pasaran global ketika hari pertama dagangan 2026 di Wall Street sebaliknya memaparkan prestasi bercampur susulan tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berkaitan teknologi.

“Berikutan itu, Nasdaq ditutup dalam wilayah negatif manakala kedua-dua petunjuk utama S&P 500 dan Indeks Perindustrian Dow Jones berakhir positif.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks di bursa bergerak dalam julat antara 1,650 hingga 1,670,” katanya.

Pasaran juga, katanya, belum menunjukkan sebarang reaksi ketara terhadap perkembangan terkini geopolitik membabitkan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata walaupun laporan media tertumpu kepada penahanan mengejut Presiden Venezuela Nicolas Maduro oleh AS atas atas alasan keganasan dadah, bank pelaburan itu berpendapat sebarang reaksi pasaran boleh dilihat sebagai peluang membeli saham pada paras rendah.

“Perkembangan itu masih awal dan kami tidak menjangkakan dagangan tidak menentu kerana secara asasnya ia tidak memberi impak menular. Negara lain seperti Rusia dan China, pada pendapat kami, akan memberi reaksi yang terhad terhadap tindakan itu,” katanya.

Malah, berdasarkan pengalaman sebelumnya, prestasi pasaran ASEAN dan Malaysia lebih tepu terhadap perkembangan geopolitik dengan sebarang tindakan penarikan atau melepaskan pegangan saham hanya dalam julat satu peratus.

Di peringkat tempatan menyaksikan saham wajaran tinggi Maybank rugi empat sen kepada RM10.40 manakala CIMB, Public Bank dan IHH masing-masing turun satu sen kepada RM8.09, RM4.48 dan RM8.59 dan Tenaga Nasional mendatar pada RM13.78.

Bagi saham paling aktif, Insights Analytics meningkat 10 sen kepada RM1.23 manakala TWL, Pharmaniaga dan Tanco tidak berubah pada 2.5 sen, 28 sen dan RM1.18.

Kaunter dengan keuntungan ketara adalah KLK dan Malaysian Pacific naik 18 sen masing-masing kepada RM19.98 dan RM31.38 manakala PPB dan Petronas Dagangan menambah 10 sen setiap satu kepada RM10.74 dan RM20.16.

Sebaliknya, kaunter paling rugi adalah Nestle yang susut 20 sen kepada RM114.30, Allianz Malaysia berkurangan 10 sen kepada RM20.10 dan KLCC Property turun empat sen kepada RM8.77.

Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas meningkat 10.97 mata kepada 12,267.41, Indeks FBM Top 100 menambah 10.25 mata kepada 12,068.91 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 20.18 mata kepada 12,086.68.

Selain itu, Indeks FBM Mid 70 meningkat 49.85 mata kepada 16,902.33 dan Indeks FBM ACE susut 3.38 mata kepada 4,926.65.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.70 mata kepada 19,569.29, Indeks Tenaga naik 4.50 mata kepada 771.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.56 mata kepada 172.72 dan Indeks Perladangan menambah 35.67 mata kepada 8,306.76. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
Next: Pelaksanaan e-Invois dilanjutkan setahun bagi syarikat jualan RM1-RM5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.