KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.
Pada 9.02 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.66 mata kepada 1,752.20 daripada 1,748.54 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka lebih tinggi 4.12 mata kepada 1,752.66.
Keseluruhan pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 187 berbanding 102 manakala 271 kaunter tidak berubah, 2,313 tidak diniagakan dan 124 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 111.40 juta saham bernilai RM57.82 juta.
Menurut Apex Securities Bhd, FBM KLCI dijangka meneruskan momentum menaiknya, dengan indeks itu berpotensi menyaksikan sedikit minat belian menjelang Hari Kebangsaan.
Musim laporan pendapatan yang sedang berlangsung mungkin akan menyebabkan pelabur lebih memilih, dengan keputusan korporat dan perkembangan terkini syarikat terus memacu prestasi saham individu.
“Secara keseluruhan, kami menjangkakan dagangan kekal terpilih, dengan keputusan pendapatan yang lebih kukuh dan sentimen semakin pulih berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada kaunter individu dan pasaran lebih luas,” menurut Apex Securities dalam satu nota penyelidikan.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pendapatan sektor perbankan dijangka diumumkan dalam beberapa hari akan datang, ia akan memberikan sokongan kepada bursa tempatan.
“Kami percaya bank-bank akan mencatatkan prestasi stabil. Justeru, indeks diniagakan dalam julat 1,745 hingga 1,755 hari ini, katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menambah empat sen kepada RM10.76. Public Bank dan CIMB Group naik satu sen masing-masing kepada RM5.16 dan RM8.09, Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.38, manakala IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM8.20.
Bagi saham paling aktif, MAG, Ingenieur Gudang dan Nexgram susut setengah sen masing-masing kepada 15.5 sen, empat sen, dan 4.5 sen, Supermax menokok 3.5 sen kepada 34.5 sen, manakala Ni Hsin melonjak satu sen kepada 19 sen.
Antara saham paling untung, Panasonic Manufacturing Malaysia naik 14 sen kepada RM15, BP Plastics meningkat tujuh sen kepada 83 sen, Thong Guan Industries dan Telekom Malaysia menokok enam sen masing-masing kepada RM1.67 dan RM7.84, AWC pula menambah lima sen kepada 50.5 sen.
Bagi saham paling rugi, United Plantations susut 34 sen kepada RM31.18, Kumpulan Fima berkurangan 12 sen kepada RM2.73, Master-Pack susut 10 sen kepada RM1.60, YTL Power International menguncup lima sen kepada RM5.85, dan Ranhill Utilities berkurangan empat sen kepada RM2.50.
Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 32.02 mata kepada 18,260.25, Indeks FBM Emas Shariah menokok 34.06 mata kepada 12,701.01, Indeks FBM Emas meningkat 27.56 mata kepada 12,943.43, Indeks FBM Top 100 menokok 25.56 mata kepada 12,755.81, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 1.56 mata kepada 5,351.39.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 46.01 mata kepada 20,501.77 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.50 mata kepada 188.50, Indeks Perladangan naik 2.02 mata kepada 9,426.57 manakala Indeks Tenaga menokok 2.96 mata kepada 778.10.- Bernama





