Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia berjaya bendung akses, aktiviti dagangan tanpa kebenaran
  • BISNES

Bursa Malaysia berjaya bendung akses, aktiviti dagangan tanpa kebenaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjelaskan mengenai kerugian kesan daripada insiden akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran yang berlaku pada 24 April 2025, dikenal pasti dan berjaya dibendung.

Insiden ini yang melibatkan akaun dagangan dalam talian milik pelanggan di bawah sebilangan kecil broker, kini dikenal pasti dan langkah diambil bagi mengelakkan kejadian berulang.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi menangani kesannya, pengawal selia pasaran modal bekerjasama dengan pihak industri untuk menyelesaikan kesan dagangan tanpa kebenaran tersebut secara adil dan telus.

Katanya, pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan broker yang terjejas mengenai cara untuk mengurus dagangan tanpa kebenaran berkenaan.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengeluarkan satu arahan pada petang semalam kepada broker-broker yang berkaitan iaitu sekuriti dan hasil yang terjejas akan disimpan untuk tempoh 14 hari atau selama yang diperlukan bagi membantu siasatan.

Isu dagangan tanpa kebenaran hanya terhad kepada Bina Puri Holdings Bhd dan Waran-B Bina Puri pada petang Khamis lepas.

Tiada dagangan tanpa kebenaran lain yang berlaku sejak itu.

Sehubungan itu, semua broker dinasihatkan untuk memperkukuh kawalan dalaman dan pertahanan siber masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut kenyataan berkenaan, audit forensik terhadap pihak yang berkaitan akan dimulakan bagi menyiasat punca sebenar insiden tersebut selain menentukan bagaimana pelanggaran berlaku.

Bursa Malaysia juga mengulangi kenyataan mengenai keteguhan dan keselamatan sistem perdagangannya selain penjelasannya turut utuh.

Pasaran pula kekal boleh diakses dan teratur untuk peserta pasaran. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Peranan institusi kewangan perlu lebih daripada sekadar urus modal – Uggah
Next: AFFIN luas operasi di Sarawak, sokong aspirasi Grid Kuasa ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.