Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bunuh penuntut Universiti Cyberjaya: Suspek utama keluarkan RM200 guna kad bank mangsa
  • JENAYAH

Bunuh penuntut Universiti Cyberjaya: Suspek utama keluarkan RM200 guna kad bank mangsa

Utusan Sarawak 12 hours ago
LOGO Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SHAH ALAM: Suspek utama kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, dipercayai sempat mengeluarkan wang sebanyak RM200 menerusi kad bank mangsa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 20-an dan tidak bekerja itu, dipercayai telah bermalam di rumah mangsa selepas diberikan kunci dan kad akses unit kondominium tersebut oleh kekasihnya, yang merupakan rakan serumah mangsa.

“Semasa kejadian rakan serumah mangsa tiada di rumah termasuk kekasih suspek, dan kita percaya kes ini lebih kepada suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa yang telah tinggal bersendirian di rumah.

“Suspek dipercayai memang ada niat tidak baik terhadap mangsa dan bila ada peluang pada waktu kejadian pada malam 24 Jun itu, suspek dipercayai telah bertindak dengan memukul menggunakan objek sehingga menyebabkan kematian terhadap mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata selepas kejadian pembunuhan itu, suspek didapati mencuri beberapa barang milik mangsa termasuk kad bank, telefon bimbit dan komputer riba dengan dua peralatan elektronik tersebut telah dilupuskan suspek.

“Suspek telah buang telefon bimbit dan komputer riba, kunci dan kad akses rumah mangsa. Namun sebahagian daripada barang kes ini telah berjaya ditemukan oleh pihak polis,” katanya.

Hussein berkata suspek utama itu merupakan antara empat yang direman sebelum ini, dengan baki tiga lagi kesemua wanita terdiri daripada kekasih suspek, manakala seorang merupakan rakan mangsa yang tinggal di tingkat atas kondominium terbabit dan individu yang bersama suspek utama semasa pengeluaran duit terbabit.

Beliau berkata dengan penahanan kesemua suspek, polis telah menyelesaikan kes itu dalam tempoh 48 jam dan kesemua mereka akan disambung reman, manakala kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Mukah
Next: Kes remaja OKU dipukul di Sungai Asap selesai secara damai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.