Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bunga Citra Lestari kongsi rutin jaga emosi
  • HIBURAN

Bunga Citra Lestari kongsi rutin jaga emosi

Utusan Sarawak 2 days ago

SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL selepas pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance di Imperial Lexis Kuala Lumpur semalam. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR:  Di sebalik jadual kerjaya seninya yang padat, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL tetap mencari ruang untuk meluangkan masa buat diri sendiri yang disifatkannya penting bagi menjaga keseimbangan emosi.

Penyanyi dan pelakon berusia 42 tahun itu berkata aktiviti memasak dan menonton drama Korea menjadi bentuk terapi yang memberinya ketenangan serta membantu mengurangkan tekanan dalam kerjaya seninya.

Menurutnya, antara menu yang sering dimasaknya ialah rendang dan kek coklat, selain mencuba hidangan barat seperti pasta kegemaran anaknya, Noah Aidan Sinclair.

SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL (tengah) ketika pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance di Imperial Lexis Kuala Lumpur semalam. Turut sama, pemain biola elektrik dan penerbit muzik tersohor Dennis Lau (kanan) serta penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor (kiri). Foto BERNAMA

“Bagi saya, memasak adalah satu bentuk healing. Bila kita masak untuk orang yang kita sayang dan lihat mereka menikmati makanan itu, rasa puas dan bahagia itu datang sendiri,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance, di sini semalam.

Bintang filem Habibie & Ainun itu turut mengakui gemar meluangkan masa menonton drama Korea, khususnya genre romantik komedi yang menyentuh emosi dan pada masa sama memberi hiburan ringan.

Kesibukan kerjaya juga tidak menghalang BCL untuk bertemu dengan keluarga bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2020.

SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL (kiri) ketika pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance di Imperial Lexis Kuala Lumpur semalam. Turut sama, pemain biola elektrik dan penerbit muzik tersohor Dennis Lau (kanan). Foto BERNAMA

Katanya hubungan baik itu masih kekal shingga hari ini walaupun selepas pemergian Ashraf, dan keluarga mentuanya turut menerima kehadiran suami baharunya Tiko Aryawardhana, yang dikahwini pada 2023.

“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Bagi saya, ketika saya menjalinkan hubungan dengan Ashraf dahulu saya bukan hanya mencintai Ashraf tetapi juga keluarganya. Keluarganya juga sangat baik dan sentiasa menyokong saya. Malah sekarang mereka turut menerima Tiko sebagai sebahagian daripada keluarga kami.

“Saya sangat bersyukur kerana ini sesuatu yang indah. Bukan semua orang berpeluang merasakannya. Hubungan ini dibina sejak awal dengan penuh pengertian, saling hormat dan kematangan. Tiada rasa cemburu atau iri hati. Yang ada hanyalah bagaimana kami boleh saling memberi dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, BCL bakal kembali menghiburkan peminat tempatan menerusi konsert BCL: Eternal Love- Timeless Romance yang dijadualkan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 27 Sept depan.

Berbeza daripada Rossa dan Melly Goeslaw yang mengadakan konsert berskala besar, pelantun lagu Cinta Sejati itu lebih selesa memilih mementaskan persembahan yang lebih intim demi memberi ruang kepada penceritaan emosi yang mendalam menerusi lagu-lagu pilihannya.

SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL ketika sidang media selepas pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance di Imperial Lexis Kuala Lumpur semalam. Foto BERNAMA

“Banyak hal yang masih ingin saya sampaikan melalui lagu. Gaya nyanyian saya memang berbentuk penceritaan, dan ia lebih berkesan dalam suasana yang dekat dengan penonton

“Apa yang penting bukan sekadar persembahan yang hebat, tetapi adakah konsert ini akan menjadi sesuatu yang dikenang oleh mereka yang hadir, kerana itu sangat bermakna,” katanya yang turut menjanjikan pelbagai kejutan buat peminat setianya.

Konsert anjuran Pulse Project Asia itu turut menampilkan pemain biola elektrik dan penerbit muzik tersohor Dennis Lau serta penyanyi bersuara emas Jaclyn Victor sebagai artis jemputan.

“Saya menonton video Dennis main biola untuk lagu 12 Tahun Terindah, ia sangat menyentuh perasaan dan mengagumkan. Saya juga peminat Jaclyn sejak zaman Malaysian Idol. Pada saya, dia antara vokalis terbaik di Asia dan saya sangat berbangga dapat berkolaborasi dengannya,” katanya yang menyifatkan kolaborasi itu sebagai simbol perpaduan seni antara Indonesia dan Malaysia.

Menurutnya, konsert kali ini bukan sekadar menyajikan persembahan hiburan, sebaliknya menjadi ruang untuk menyampaikan pelbagai cerita hidupnya dari fasa kehilangan dan kesedihan kepada keberanian untuk bangkit semula serta menghargai cinta dalam pelbagai bentuk.

Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Ticket2U.– Bernama

Continue Reading

Previous: Temasya OKSHE: Tebingan Kuching jadi tumpuan 18 – 20 Julai ini
Next: Sumpah Setia, Bob Yusof buat hati bergetar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.