Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bunga Citra Lestari kembali ke KL dengan konsert bertemakan Cinta September ini
  • HIBURAN

Bunga Citra Lestari kembali ke KL dengan konsert bertemakan Cinta September ini

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR:  Puteri pop Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL, bakal kembali ke pentas konsert di ibu negara menerusi ‘BCL: Eternal Love-Timeless Romance’ yang dijadualkan pada 27 September depan.

Konsert yang dijangka diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menjanjikan persembahan istimewa dengan sentuhan emosi menerusi rangkaian lagu-lagu cinta popularnya seperti Cinta Sejati, Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah dan single terbaharunya, Memulai Kembali. 

Dibawakan oleh Pulse Project Asia, konsert itu bakal membawa peminat BCL menyusuri perjalanan seninya dalam suasana lebih intim dan eksklusif. 

“Konsert ini bagaikan membawa pulang penyanyi kesayangan ramai itu ke pentas yang sentiasa disambut hangat oleh peminat di Malaysia. Kedatangannya ke ibu kota dijangka terus menghidupkan nostalgia peminat dengan karya-karyanya,” kata Pengarah Pulse Project Asia Muhammad Anuar Zaini dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, BCL turut menyatakan keterujaannya untuk kembali menghiburkan peminat setia di Malaysia yang sentiasa menyokong karier seninya sejak lebih sedekad lalu.

Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Ticket2U bermula 3.00 petang hari ini.

Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia ialah pada 2023,  menerusi “Blossom Intimate Concert”, juga di venue sama.– Bernama

Continue Reading

Previous: DFP tampilkan gabungan muzik dan tarian klasik India 6 September ini
Next: Nuansa Seni Edisi Ke-6:

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.