Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bumi berputar semakin pantas: 5 Ogos, siang hari paling singkat dunia
  • GLOBAL

Bumi berputar semakin pantas: 5 Ogos, siang hari paling singkat dunia

Utusan Sarawak 1 day ago
BUMI. Foto CNSA/ Xinhua melalui AFP

WASHINGTON: Waktu siang semakin pendek dan bukan hanya kerana musim panas yang semakin berakhir di Hemisfera Utara.

Hari ini (5 Ogos), tempoh siang bumi akan menjadi lebih singkat daripada tempoh 24 jam biasa, menurut Timeanddate.com, menjadikannya bukan sahaja salah satu hari terpendek pada 2025 tetapi juga antara yang terpendek pernah direkodkan.

Dengan perbezaan hanya 1.25 milisaat lebih pendek daripada penanda 86,400 saat (24 jam), perbezaan ini tidak dapat dirasai.

HARI INI (5 Ogos), tempoh siang bumi akan menjadi lebih singkat daripada tempoh 24 jam biasa, menurut Timeanddate.com

Namun, ia adalah sebahagian daripada trend membingungkan yang menjadi misteri kepada saintis bahawa Bumi berputar dengan lebih pantas.

Selepas beberapa dekad menjadi perlahan, putaran planet kita kini semakin pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pengukur masa masih belum mempunyai penjelasan yang pasti.

Untuk memahami apa yang sedang berlaku adalah penting untuk mentakrifkan maksud sebenar ‘sehari’.

Tempoh putaran sebenar Bumi – satu putaran penuh 360 darjah penuh berbanding latar bintang-bintang – berlangsung selama 23 jam, 56 minit dan 4.1 saat, menurut EarthSky.

Inilah yang dipanggil sebagai ‘hari sidereal’.

Ia merujuk kepada masa yang diambil oleh planet untuk berpusing sekali pada paksinya, dengan mengambil kira satu titik tetap.

Ia menjelaskan mengapa bintang dan planet kelihatan terbit di timur kira-kira empat minit lebih awal setiap hari dan mengapa langit malam berubah mengikut musim.

Ini kerana Bumi bergerak di sepanjang orbitnya mengelilingi matahari sambil ia berputar.”

Namun, tempoh 24 jam yang kita jalani adalah hari suria (solar day) yang diukur bukan berbanding bintang-bintang tetapi hanya satu iaitu matahari yang mana ukuran inilah yang secara misteri kelihatan lebih pendek daripada yang sepatutnya.

Terdapat tiga tarikh pada 2025 apabila saintis meramalkan hari suria Bumi akan lebih pendek iaitu 9 Julai (1.23 milisaat lebih pendek), 22 Julai (1.36 milisaat) dan 5 Ogos.

Bagaimanapun, hari terpendek yang pernah direkodkan adalah 1.66 milisaat lebih pendek daripada 24 jam pada 5 Julai 2024.

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hujan monsun ragut lebih 300 nyawa di seluruh Pakistan
Next: Stella Rimington ketua pengarah wanita pertama M15 meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.