Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bumbung kelab malam runtuh: 225 disahkan maut, mayat diserah kepada keluarga
  • GLOBAL

Bumbung kelab malam runtuh: 225 disahkan maut, mayat diserah kepada keluarga

Utusan Sarawak 2 months ago
PANDANGAN dari udara ini menunjukkan kawasan runtuhan kelab malam Jet Set di Santo Domingo pada Khamis. Foto AFP

SANTO DOMINGO: Angka rasmi korban akibat runtuhan bumbung sebuah kelab malam di Republik Dominican meningkat kepada 225 orang pada Sabtu, ketika pihak berkuasa memaklumkan kesemua jenazah kini sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Seramai 221 orang maut di dalam kelab Jet Set dilaporkan pada awal pagi Selasa apabila bumbung bangunan runtuh ketika persembahan oleh seorang penyanyi terkenal.

Empat lagi mangsa meninggal dunia di hospital, menurut Menteri Kesihatan, Victor Atallah.

Beliau memberi amaran angka akhir mungkin terus meningkat memandangkan masih ada mangsa yang mengalami kecederaan melecur teruk dan sedang bertarung nyawa di hospital.

PENYANYI merengue terkenal, Rubby Perez, 69, yang berada di atas pentas ketika kejadian, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ahli keluarga yang terdesak menunggu selama beberapa hari di khemah yang didirikan di luar bilik mayat forensik di ibu kota Santo Domingo, lokasi tragedi yang berlaku ketika ratusan orang berkumpul untuk menyaksikan persembahan penyanyi merengue terkenal, Rubby Perez.

Rubby Perez, 69, yang berada di atas pentas ketika kejadian, meninggal dunia di tempat kejadian.

Majlis perpisahan untuknya diadakan pada Khamis di Teater Kebangsaan yang turut dihadiri Presiden Luis Abinader dan anak perempuannya, Zulinka, yang terselamat dalam tragedi itu.

Runtuhan bumbung ini dianggap sebagai tragedi terburuk dalam sejarah Republik Caribbean itu dalam beberapa dekad.

Angka korban melepasi insiden kebakaran penjara di bandar Higuey pada 2005 yang meragut 136 nyawa.

Pejabat Presiden sebelum ini mengesahkan 221 kematian, manakala 189 mangsa berjaya diselamatkan dari dalam bangunan kelab malam yang kini hanya tinggal timbunan besi, zink dan bata yang remuk.

Imej udara dari lokasi menunjukkan pemandangan seperti kawasan dilanda gempa bumi.

Skala tragedi ini melebihi keupayaan pihak berkuasa.

Menteri Kesihatan Atallah berkata pada Khamis bahawa “tiada institut patologi yang mampu menguruskan begitu banyak mayat dalam masa yang singkat.”

Namun pada Jumaat, pihak berkuasa berikrar bahawa semua mayat akan diserahkan kepada keluarga sebelum 2.00 pagi Sabtu.

Operasi mencari mangsa hidup dihentikan lewat Rabu dan tumpuan diberikan kepada pencarian mayat.

Presiden Abinader pada Jumaat berikrar untuk mengetahui “apa yang berlaku, mengapa ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku.” – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tarif Trump: China failkan saman terhadap AS
Next: Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.