Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Buli di IKBN Miri: KBS tidak teragak-agak gantung, buang pelajar terbabit
  • JENAYAH

Buli di IKBN Miri: KBS tidak teragak-agak gantung, buang pelajar terbabit

Utusan Sarawak 10 hours ago

Tular sebuah video memaparkan kekasaran oleh sekumpulan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang dilaporkan mengasari rakan di Miri, minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan membuang pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terbabit dengan buli.

Penegasan itu dibuat susulan rakaman video yang memaparkan insiden membabitkan sekumpulan pelajar IKBN terbabit melakukan tindakan kekerasan fizikal terhadap seorang pelajar lain.

“KBS memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). 

“Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat.

“Tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan atau dibuang akan diambil terhadap pelaku tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa. 

“KBS menegaskan bahawa tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengenai perkembangan kes buli di IKBN Miri, KBS memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 4.30 petang. 

Menurut KBS, pihak IKBN Miri hanya menerima laporan menerusi media sosial pada hari ini dan terus mengambil tindakan siasatan segera termasuklah dengan menjalin kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Continue Reading

Previous: SPRM bongkar sindiket rasuah, seludup diesel, gubal wang haram RM247 juta di Sabah dan Sarawak
Next: Polis nafi kejadian dalam video tular di Miri adalah kes buli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.