Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi ditutup dua minggu untuk kerja naik taraf
  • Utara
  • WILAYAH

Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi ditutup dua minggu untuk kerja naik taraf

Utusan Sarawak 3 days ago
 JALAN di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi ditutup sementara bagi kerja menaik taraf persimpangan dan pemasangan lampu isyarat.

BINTULU: Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi kini ditutup sementara selama dua minggu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf persimpangan termasuk pemasangan lampu isyarat.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan itu yang berkuat kuasa sehingga 6 Oktober penting bagi memastikan kelancaran projek infrastruktur yang dijangka meningkatkan keselamatan serta aliran trafik di kawasan berkenaan.

Sepanjang tempoh penutupan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang telah ditanda serta mematuhi arahan anggota trafik bertugas.

“Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama orang ramai demi kelancaran pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi BDA di talian 086-332011.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: MADANI Government cuts RON95 petrol price to RM1.99, easing cost of living
Next: Water disruption along Jalan Canna resolved

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.