Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buku rujukan untuk kawal serangan penyakit tanaman dilancar
  • TEMPATAN

Buku rujukan untuk kawal serangan penyakit tanaman dilancar

Utusan Sarawak 7 months ago

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menunjukkan buku 'Garis panduan untuk Pengimportan Tumbuhan, Produk Tumbuhan, dan Artikel Terkawal'. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak melancarkan buku bertajuk ‘Garis panduan untuk Pengimportan Tumbuhan, Produk Tumbuhan, dan Artikel Terkawal’ bagi mengelakkan kejadian serangan penyakit penghijauan sitrus yang menjejaskan lebih 1,200 hektar ladang limau di Samarahan pada 2007 daripada berulang. 

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, penerbitan buku itu akan memperkasakan kawalan kesihatan tanaman di negeri ini daripada serangga perosak.

Katanya, langkah ini adalah penting bagi menyokong usaha Sarawak untuk mencapai status pengeksport makanan bersih menjelang 2030.

“Kita setakat ini tidak menghadapi apa-apa serangan perosak yang besar, namun kita perlu berhati-hati, seperti serangan penyakit penghijauan sitrus yang berlaku di Samarahan pada 2007 sehingga menjejaskan 1,200 hektar tanaman limau. 

“Serangan tersebut kita belum atasi sepenuhnya, dan kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi pada tanaman-tanaman lain terutamanya tanaman utama seperti lada, pisang, kelapa dan durian,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program libat urus fasilitasi perdagangan pertanian mewakili Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa buku tersebut hanyalah dijadikan sebagai satu panduan untuk pemain industri pertanian, dan untuk memerangi isu kesihatan tanaman memerlukan penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan kepada masyarakat. 

Beliau berkata sekiranya masalah ini tidak diatasi, ia akan menjejaskan hasil tuaian dan pendapatan petani.

“Bagi saya ini hanya akan memberi panduan, tetapi yang utamanya (untuk mengatasi masalah perosak) adalah dengan penguatkuasa undang-undang dan kempen kesedaran. 

“Sekiranya kita tidak menjaga negeri kita daripada serangan serangga perosak ini, kita akan mengalami keadaan yang mana hasil pertanian kita menurun dan ia akan menjejaskan hasil pendapatan petani-petani,” katanya. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Kurang upaya pendengaran bukan penghalang buat Nur Balqis tamatkan pengajian dengan cemerlang
Next: UNIMAS raikan 530 graduan pada Majlis Konvokesyen hari keempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.