Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Buku bertemu ruas’ Piala Dunia saksikan empat keputusan seri sejak 1958
  • SUKAN

‘Buku bertemu ruas’ Piala Dunia saksikan empat keputusan seri sejak 1958

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMINAT menyaksikan majlis pembukaan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 sebelum perlawanan Kumpulan D antara Amerika Syarikat dan Paraguay di Stadium Los Angeles, Inglewood, California pada 12 Jun 2026. Foto AFP

BERLIN: Empat perlawanan berakhir dengan keputusan seri di Piala Dunia pada Isnin buat kali pertama sejak 1958, ketika kebimbangan terhadap penguasaan Eropah pada kejohanan yang diperluas kepada 48 pasukan itu terus tidak diendahkan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Keputusan mengejut menyaksikan pasukan debut Cape Verde mengikat juara Eropah, Sepanyol dengan seri tanpa jaringan di Atlanta, manakala pertembungan Mesir dengan Belgium berakhir 1-1 di Seattle.

Keadaan yang sama di Miami di mana Uruguay menyamakan kedudukan pada minit akhir untuk menafikan Arab Saudi, dan Iran beraksi hebat, menampilkan seri 2-2 dengan New Zealand di Los Angeles.

Dalam catatan di X, FIFA menyatakan ini adalah kali kedua empat seri berlaku pada hari yang sama di Piala Dunia dan kali pertama dalam tempoh tepat 68 tahun.

Peringkat kumpulan pada edisi 1958 di Sweden turut menyaksikan empat seri dalam satu hari, secara kebetulan pada tarikh yang sama iaitu pada 15 Jun, apabila perlawanan tuan rumah menentang Wales berakhir tanpa jaringan, Jerman seri 2-2 dengan Ireland Utara, seri England dengan Austria berakhir dengan jaringan yang sama, dan permainan antara Paraguay dan Yugoslavia berakhir 3-3.

“Keseimbangan yang sempurna, seperti yang sepatutnya,” menurut catatan FIFA pada Isnin, memetik dialog watak penjahat Thanos dalam filem ‘Avengers’ Marvel.

Memasuki hari kelima Piala Dunia 2026, kebimbangan tentang permainan yang tidak menarik, seperti kata ketua Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, belum kelihatan.

Pasukan bukan pilihan seperti Haiti, Qatar dan Cape Verde bermain lebih baik melebihi jangkaan, manakala Curaçao juga mampu menggerunkan Jerman untuk seketika sebelum tunduk 1-7.

Dua benua yang dominan dalam bola sepak global, Eropah dan Amerika Selatan mengalami beberapa kekalahan, dengan Korea Selatan mengalahkan Republik Czech 2-0, Ecuador tewas 0-1 kepada Ivory Coast dan juara lima kali Brazil diikat Maghribi.

Terdapat juga beberapa perlawanan dengan skor tinggi, seperti keputusan seri 2-2 antara Belanda dan Jepun, kemenangan meyakinkan 4-1 untuk tuan rumah Amerika Syarikat ke atas Paraguay dan Sweden membelasah Tunisia 5-1.

Kejohanan itu turut menyaksikan dua kekecewaan besar, dengan kejayaan 2-0 Australia ke atas kuda hitam Türkiye dan usaha pertahanan belakang cemerlang Cape Verde ketika menentang Sepanyol. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Pasukan Iran diarah tinggalkan AS serta-merta selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia
Next: RTM perkukuh infrastruktur digital, lindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.